1/18/2009

Ringkasan karangan 1/2009

Bahagian A (i): Ringkasan
[20 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas. Panjangnya ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Misi menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas yang bermula pada tahun 2003 akhirnya sempurna sekembalinya Dr. Sheikh Muszaphar Shukor ke Bumi selepas 11 hari berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) semalam. Walaupun detik bersejarah itu tercatat 46 tahun selepas kejayaan angkasawan pertama Yuri Gagari dari Rusia membuat pusingan bersejarah mengelilingi Bumi, namun beliau dikatakan lewat. Malah, catatan Sheikh Muszaphar sebagai angkasawan ke-141 amat bermakna kepada negara kerana berlangsung bersempena dengan 50 tahun usia kemerdekaan tanah air.
Penglibatan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas dengan menghantar angkasawan pertama selepas tiga tahun ditawarkan berbuat demikian. Tiada siapa boleh menidakkan betapa kejayaan angkasawan pertama negara menjadi kebanggaan kita sekali gus melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa. Kejayaan menjadikan Program Angkasawan Negara satu realiti pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas. Kejayaan ini telah menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Malah sebelum ini ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil. Selain itu, tanggapan negara maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat dihapuskan.
Sesungguhnya selepas mencatat rekod kejayaan ini ialah kelangsungan program angkasawan negara terutama dari sudut penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar. Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang. Disebabkan Sheikh Muszaphar selamat kembali ke Bumi maka program-program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat. Begitu juga dengan cadangan kerajaan untuk mewujudkan pelan tindakan pembangunan angkasa negara sebagai susulan kepada penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke ISS akan menerima respon yang baik daripada orang ramai.
Kita berharap Sheikh Muszaphar akan memberi ceramah di seluruh pelosok negara tentang pengalamannya di angkasa untuk menarik minat masyarakat tentang angkasa lepas. Begitu juga dengan hasil penyelidikan Sheikh Muszaphar di ISS bakal membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik. Pelaburan untuk meneroka angkasa lepas yang besar jumlahnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya kelak bakal angkasawan yang dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar. Sesungguhnya kejayaan angkasawan pertama kita mesti ada susulannya sebagai bukti bahawa negara serius menyertai masyarakat antarabangsa meneroka angkasa.

(Dipetik dan diubahsuai daripada rencana pengarang
“Meneruskan Kejayaan Teroka Angkasa Lepas”, Utusan Malaysia, 22 Oktober 2007)





Bahagian A (ii): Pemahaman
[10 markah]

Berdasarkan petikan Bahagian A (i), jawab soalan–soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata kelangsungan program. [2 markah]

2 Apakah tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan? [4 markah]

3 Pada pendapat anda, mengapakah Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan iaitu 46 tahun setelah angkasawan Rusia berjaya menerokai angkasa lepas? [4 markah]

22 ulasan:

Cikgu Meelan berkata...

Selamat mencuba. Jawapan yang dihantar hendaklah diterbitkan atau dipaparkan di blog ini. Pergi ke sudut bawah tugasan dan klik perkataan ulasan untuk memulakan jawapan anda. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Faedah program meneroka angkasa lepas dapat memberi contoh yang terperinci tentang kesungguhan Malaysia. Selain itu,program ini menjadi kebanggaan negara kita. Seterusnya,ia dapat menutup tanggapan rakyat bahawa program ini membazir wang. Oleh demikian,ia juga dapat memupuk minat generasi muda di bidang angkasawan. Program ini dapat membuka lembaran baru untuk bidang perubatan. Akhir sekali,Program Angkasawan Negara pastinya dapat membuka mata dunia bahawa negara kecil di peta dunia dapat membangunkan industri.
83 pth pp

1- Program yang memberi ransangan kepada generasi muda.

2- Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan orang menyangka program ini membazirkan wang.

3- Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan kerana menanti kemerdekaan yang ke-50.

SitI aMiraH StEPhANie 3 cekal

fazz(: berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
StePhanIe berkata...

isi penting

- memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara

- menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazir wang.

- minat generasi muda diperingkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang

- membuka lembaran baru dalam bidang perubata

- program angkasawan negara pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri

Isaac & Campbell (3C) berkata...

1.Mengharumkan nama negara.
2.Membuktikan bahawa rakyat negara mampu bersaing dengan negara lain.
3.Menarik minat genrasi muda untuk belajar tentang angkasa lepas.
4.Menerokai kaedah rawatan penyakit kronik.
5.Melahirkan bakal angkasawan dari tanah air sendiri.

Ringkasan:
Penglibatan rakyat negara dalam misi merokai angkasa lepas telah mengharumkan nama negara.Ternyata sekali penglibatan ini taleh membuktikan bahawa rakyat negara mampu bersaing dengan negara lain.Selain itu,misi penerokaan angkasa lepas menarik minat generasi muda kini.Penglibatan misi meneroka angkasa lepas di kalangan rakyat telah memajukan bidang perubatan di negara kita.Di samping itu,misi meneroka angkas lepas mempunyai harapan untuk melahirkan lebih banyak bakal angkasawan dilahirkan dari tanah air sendiri.
(69 patah perkataan)
Pemahaman:
1.Maksud rangkai kata kelangsungan program adalah pembukaan program.
2.Tanggapan negatif orang ramai adalah misi tersebut membelanjakan wang yang banyak.Ramai rakyat tidak yakin bahawa rancangan tersebut akan gagal.
3.Pada pendapat saya,rakyat Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan angkasawn kerana penjelajahan angkasa lepas kurang diminati.

fazz(: berkata...

Bahagian A (i)

Faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas ialah menunjukkan kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan ke angkasa lepas. Malah misi meneroka angkasa lepas turut dapat menaikkan nama Malaysia ke arena antarabangsa. Di samping itu, dapat menyebarkan ilmu di kalangan pelajar terhadap penerokaan angkasa lepas. Selain itu, mereka dapat membuka lembaran baharu dalam bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik. Pelaburan untuk meneroka angkasa lepas dapat dimanfaatkan supaya bakal angkasawan di negara kita mampu bersaing dengan negara luar.

(80 patah perkataan)

--------------------------------

Bahagian A (ii)
1) Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah menyebarkan ilmu yang dimiliki setelah mendapat kejayaan.
2) Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah bahawa program ini membazirkan wang rakyat kerana tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil.
3) Pada pendapat kami, Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan iaitu 46 tahun setelah angkasawan Rusia berjaya menerokai angkasa lepas ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak yakin akan kebolehan yang dimiliki.


--------------------------------

Isi-isi penting:-

- menunjukkan kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan ke angkasa lepas
- menaikkan nama Malaysia ke arena antarabangsa
- menyebarkan ilmu di kalangan pelajar terhadap penerokaan angkasa lepas
- membuka lembaran baharu dalam bidang perubatan
- bakal angkasawan di negara kita mampu bersaing dengan negara luar

----------------------------------

hasil titik peluh jari,
Salmi & Faziatul (3C)

fed go berkata...

1)dapat mengharumkan negara
2)Penglibatan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas
3)dapat melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa
4)bakal angkasawan yang dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar.
5)Kejayaan menjadikan Program Angkasawan Negara satu realiti pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas

Terdapat beberapa faedah dengan menglibatkan diri kita dalam misi meneroka angkasa lepas antaranya ialah kita dapat mengharumkqan nama negara kita.
Selain itu, kita juga dapat membuktikan kepada negara yang lain bahawa kita amat bersungguh di dalam bidang penerokaan angkasa lepas.
Kita juga dapat melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa dan ini akan membuatkan negara kita setanding dengan negara barat yang lain seperti Amerika Syarikat.
Bakal angkasawan yang akan dilahirkan di negara kita dapat bersaing dengan calon-calon negara maju yang lain kerana negara kita sudah mempunyai pengalaman.Terakhir, kita dapat menjayakan misi utama negara kita untuk menjadi realiti.




1.Kelangsungan program bermaksud kelancaran program.
2.Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah kita dipandang rendah kerana kita merupakan negara yang kecil
3. Ini adalah kerana negara kita bukanlah semaju negara barat yang lain.

Tanpa Nama berkata...

# melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa
# membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas
# penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar
# program-program untuk mendidik rakyat
# menarik minat masyarakat tentang angkasa lepas
# membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik

Banyak faedah-faedah yang diperolehi daripada misi menghantar rakyat Malaysia pertama ke angkasa lepas.Misi tersebut dapat menaikkan nama Malaysia .Selain itu,ia dapat mendidik pelajar tentang ilmu tentang angkasa lepas.Bukan sahaja pelajar,tetapi juga dapat membuka minda rakyat terhadap angkasa lepas.Misi ini juga turut memberi impak kepada bidang perubatan terutamanya dalam menyembuhkan penyakit kronik. [53 p.p]

1.Maksud rangkai kata kelangsungan program adalah melancarkan program.
2. Tanggapan orang ramai tentang misi ini adalah ianya hanyalah satu pembaziraan wang.
3. Pada pendapat saya,ianya adalah kerana rakyat Malysia belum terdedah kepada pentingnya angkasa lepas kepada kita.

#debbie dan sarah#

alicephia dan shanneylin berkata...

-melonjakkan nama malaysia di
arena antarabangsa
-membuka mata dunia tentang
membangunkan industri angkasa
lepas amat serius
-untuk menandingi negara lain
dapat dihapuskan
-minat generasi muda terhadap
angkasa lepas akan berkembang
-calon angkasawan negara kita
mampu bersaing dengan calon-calon
luar negara.







Seperti yang kita tahu,ada terdapat beberapa feadah-faedah peglibatan rakyat malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas.Antaranya ialah menaikkan nama negara malaysia di arena antarabangsa.Selain itu,industri ini juga dapat membuka mata dunia tentang kepentingannya.Rasa untuk menandingi negara lain dapat dihapuskan.Dalam pada itu minat generasi muda terhadap angkasa lepas akan berkembang.Oleh itu calon-calon negara luar mampu disaingi oleh calon angkasawan negara kita.




1.Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah program yang dapat memberi rangsangan kepada generasi muda.

2.Tanggapan negatif dari rakyat ialah membazir wang rakyat.


3.Malaysia akan mengambil masa yang lama untuk menandingi negara luar.



Ahli kumpulan:Alice dan Shane

jupa n liydia berkata...

1.penglibatan ini memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara.
2.program ini menjadi kebanggan negara kita
3.ia dapat menutup tanggapan rakyat bahawa program ini membazir wang rakyat.
4.memupuk minat generasi di bidang angkasawan.
5.membuka lembaran baru untuk bidang perubatan.

RINGKASAN.....
Faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas dapat membuktikan kesungguhan negara dengan jelas.Selain itu, negara dapat berbangga dengan kejayaan ini.Oleh demikian,ia menutup tanggapan negatif rakyat sebelum kejayaan ini.Di samping itu,generasi muda dapat memupuk minat dalam bidang angkasawan.Ia juga memberi lembaran baru untuk bidang perubatan.

Hanisa dan Khairunisa berkata...

Isi-isi penting:
# Memberi gambaran yang amat jelas tentang kesugguhan negara untuk menyertainya penerokaan angkasa lepas
# Melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa
# Menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat
# Program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas menarik perhatian
# Membuka lembaran baru dalam bidang perubatan, khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik
# Penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar, minat generasi muda berkembang

RINGKASAN

Faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas menampakkan kesugguhan negara menyertainya. Selain itu, Malaysia telah terkenal diarena antarabangsa dan membuat orang bertanggapan bahawa program ini tidak membazirkan wang rakyat. Masyarakat juga tertarik dengan program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas. Tambahan pula, pelbagai penemuan baru dalam biadang perubatan telah ditemui untuk mengubat penyakit kronik. Generasi muda akan lebih berminat dengan penerokaan angkasa lepas dan penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar dan guru lebih banyak.

(74 perkataan)

razi nino berkata...

Isi-isi penting:
1. memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas
2. melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa.
3. menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat
4. Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.
5. membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik
Ringkasan

Faedah-faedah Malaysia melibatkan diri dalam program ini membuktikan kesungguhan Malaysia menerajui bidang angkasa lepas disamping mengharumkan nama malaysia di arena global. Tanggapan negatif rakyat bahawa program ini membazir wang dapat dihapuskan.Selain itu,minat generasi muda dalam penerokaan angkasa lepas akan berkembang dengan pesat. Bukan itu sahaja, ini menunjukkan bahawa negara kecil seperti Malaysia serius untuk membangunkan negara ke peringkat angkasa lepas. Akhir sekali,program ini mampu membuka lembaran baru dalam bidang perubatan.

71 patah perkataan

Pemahaman
1.Maksud rangkai kata kelangsungan program adalah pembukaan program.

2.Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah orang menyangka program ini membazirkan wang.

3. Pada pendapat saya,rakyat Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan angkasawn kerana penjelajahan angkasa lepas kurang diminati dan tidak mempunyai budget yang mencukupi.

barbara and syarifah berkata...

isi-isi penting .


-memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara

- menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazir wang.

- minat generasi muda diperingkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang

- membuka lembaran baru dalam bidang perubata

- program angkasawan negara pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri

-Melahirkan bakal angkasawan dari tanah air sendiri.

- menunjukkan kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan ke angkasa lepas


draft akhir :

Salah satu daripada faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas ialah memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara. Selain itu,program ini dapat menutup tanggapan buruk orang ramai mengenai program ini.Tambahan pula, minat generasi muda diperingkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.Ini akan membuka lembaran baru dalam bidang perubatan dan program angkasawan negara pastinya membuka mata dunia betapa negara kecil di peta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasawan.Negara dapat melahirkan bakal angkasawan dari tanah air sendiri.

Bahagian A (ii)
1) Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah program yang dilakukan sejurus selepas aktiviti dilaksanakan

2) Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah bahawa program ini akan membazirkan wang rakyat kerana tidak yakin misi ini akan berjaya.
3) Pada pendapat kami, Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan iaitu 46 tahun setelah angkasawan Rusia berjaya menerokai angkasa lepas ramai di kalangan rakyat Malaysia tidak yakin akan kebolehan yang dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Caryn and wafa berkata...

Isi-isi penting:

~melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa.
~menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat.
~Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.
~program-program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat.
~hasil penyelidikan Sheikh Muszaphar di ISS bakal membuka lembaran baharu bidang perubatan.
~bukti bahawa negara serius menyertai masyarakat antarabangsa meneroka angkasa

Ringkasan:

Faedah misi meneroka angkasa lepas telah mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, tanggapan bahawa program ini membazirkan wang rakyat dapat dihapuskan dan minat generasi muda dalam penerokaan angkasa bakal berkembang. Program mendidik rakyat tentang angkasa lepas dapat menarik perhatian masyarakat dan hasil penyelidikan di ISS akan memberi nafas baru dalam bidang perubatan. Akhir sekali, negara kita terbukti serius dalam mengikuti masyarakat antarabangsa meneroka angkasa.

66 patah perkataan

Soalan Pemahaman:
1.Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah penerusan, susulan atau kesinambungan program atau rancangan.

2.Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah tanggapan oarang ramai bahawa program tersebut hanya membazirkan wang rakyat. Selain itu, ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan hasil.

3.Pada pendapat saya, Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan iaitu 46 tahun setelah angkasawan Rusia berjaya menerokai angkasa lepas kerana kekurangan pakar dalam bidang astronomi. Selain itu, kita baru sahaja mencapai 50 tahun kemerdekaan menyebabkan kelewatan bidang ini dimajukan di negara kita. Kesedaran mengenai program ini juga agak lewat kerana Malaysia baru memulakan program ini 3 tahun yang lepas.

By Caryn and Wafa

mazlan,sazlan,khairul berkata...

Isi-isi penting...
1.Mengharumkan nama negara.
2.Membuktikan bahawa rakyat negara mampu bersaing dengan negara lain.
3.Menarik minat generasi muda untuk belajar tentang angkasa lepas.
4.Menerokai kaedah rawatan penyakit kronik.
5.Melahirkan bakal angkasawan dari tanah air kita sendiri.



Ringkasan....
Terdapat beberapa faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas.Antaranya ialah nama dan imej negara kita dapat diharumkan melalui penorakaan tersebut.Selain itu,kita dapat mebuktikan bahawa kita juga dapat bertanding dengan negara lain.Misi ini juga dapat menarik minat golongan generasi muda pada masa kini.Disamping itu,mereka juga dapat menerokai kaedah-kaedah perubatan,khususnya mengenai rawatan penyakit kronik.Akhir sekali,negara kita dapat melahirkan golongan angkasawan melalui misi penerokaan angkasa lepas tersebut.


(72p.p.)


Soalan pemahaman...
1)Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah pelancaran sesuatu
program.
2)Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah kita dipandang rendah kerana kita merupakan negara yang kecil
3)Ini adalah karana negara kita kekurangan bajet dan kurang penglibatan orang ramai dalam bidang angkasa lepas ini.

jeremy and bangga berkata...

1.melonjakkan nama malaysia
2.membuka mata dunia
3.membangunkan industri angkasa lepas.
4.menarik minat generasi muda dan masyarakat dalam bidang angkasa lepas
5.membuka lembaran baharu dalam bidang perubatan.
6.mampu bersaing dengan calon-calon dari luar negara.
RINGKASAN

Terdapat beberapa faedah penglibatan rakyat malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas.Antara nya ialah dapat melonjakkan nama negara Malaysia.Selain itu, ianya juga dapat membuka mata dunia dan industri angkasa lepas.Ianya juga dapat menarik minat generasi muda dan masyarakat dalam bidang angkasa lepas.Di samping itu, ianya juga mampu membuka lembaran baharu dalam bidang perubatan.Akhir sekali, rakyat Malaysia juga mampu bersaing dengan calon-calon dalam bidang angkasa lepas.(64 pp)

PEMAHAMAN
1.Kelangsungan program bermaksud keberkesanan sesuatu bidang dalam menjalankan tujuan program tersebut.
2.Tanggapan negatif yang diberikan oleh rakyat ialah membazir wang rakyat.
3.Pada pendapat saya, Malaysia mengambil masa yang lama melahirkan seorang angkasawan kerana kurang dorongan daripada rakyat dan kurang yakin Malaysia mampu menyaingi negara-negara lain dalam bidang angkasa lepas.

niena Maey berkata...

Isi-isi penting
---------------
1.Kejayaan ini telah menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat.
2.tanggapan negara maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat dihapuskan.
3.. Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.
4.program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat.

Ringkasan:
Faedah-faedah penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas antaranya ialah Malaysia dapat menutup tanggapan semua masyarakat bahawa program ini tidak mensia-siakan wang rakyat Malaysia. Selain itu, tanggapan negara lain yang tidak percaya akan kebolehan Malaysia dihapuskan. Minat generasi muda terhadap bidang astronomi mampu dikembangkan. Penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas akan menggalakkan program-program untuk mendidik rakyat Malaysia diadakan dan pada masa yang sama, minat terhadap bidang ini dapat disemai dengan subur di dalam diri masyarakat di Malaysia.
[80 p.p]

pemahaman
---------------------
1.Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah rancangan yang berlangsung secara berterusan.
2.Tanggapan negatif sebelum misi meneroka angkasa lepas adalah program hanyalah satu pembaziran dan banyak negara maju yang lain tidak percaya akan potensi negara kita.
3.Pada pendapat saya, negara kita mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan setelah sekian lama kerana pemikiran cetek yang menghantui masyarakat kita yang tidak percaya akan kebolehan kita.

Hasil kerja,
amalina
marilyn

SibyLLe & CaLista ( 3 Tekun ) berkata...

Daripada penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas, terdapat banyak faedahnya iaitu, membawa gambaran yang sangat jelas tentang kesungguhan negara.Justeru, program ini telah menutup tanggapan negatif daripada orang ramai bahawa program ini cuma sekedar membazirkan wang. Selain itu, program ini telah memberi dorongan kepada generasi muda. Di samping itu, program ini telah menaikkan nama dan imej negara. Akhir sekali, misi ini pasti akan membuka mata dunia bahawa negara kecil di peta dunia dapat membangunkan industri.

76 patah perkataan.

Pemahaman
1. Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah kesinambungan agenda.

2.Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah orang ramai menafikan bahawa program ini tidak membawa keuntungan kapada negara.

3. Pada pandapat saya,Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan kerana untuk meraihkan sambutan kemerdekaan yang ke-50.

Zi-qAh berkata...

1.melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa

2.menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat.

3.Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang

4. membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik.

ringkasan:

Antara faedah-faedah penglibatan rakyat malaysia dalam misi menerokai angkasa lepas, ia boleh melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Selain itu, program ini boleh menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Natijah daripada selamatnya Syeikh Muszaphar kembali ke bumi, program-program mendidik rakyat malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat dan secara tidak langsung akan mengembangkan minat generasi muda terhadap penerokaan angkasa lepas. Ia juga akan membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik.
(80 patah perkataan)


PEMAHAMAN!!

1.- keberkesanan sesuatu program dalam menjalankan tujuan program tersebut

2.- membazirkan duit rakyat untuk digunakn bagi membiayai misi tersebut

3.- kerana Malaysia sedang menghadapi pelbagai krisis selepas kemerdekaan negara seperti ketidakpersetujuan negara Indonesia dan Filipina tentang percantuman Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.

aDI berkata...

Isi-isi penting:-
1. memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas.

2. melonjakan nama Malaysia di arena antarabangsa.

3. menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat.

4. Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.

5. membuka lembaran baharu bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit kronik.

Ringkasan:-
Faedah-faedahnya adalah ia akan memberi imej yang jelas bahawa Malaysia menyertai penerokaan angkasa lepas dengan bersungguh-sungguh.Selain itu, nama negara Malaysia akan melonjak naik.Tambahan pula,tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat akan dapat diubah.Di samping itu juga,minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.Akhir sekali,ia membuka lembaran baharu dalam bidang perubatan khususnya dalam menyediakan kaedah rawatan penyakit-penyakit kronik.

70 patah perkataan

Soalan Pemahaman:-

1.Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah menyebarkan ilmu yang dimiliki setelah mendapat kejayaan.

2. Tanggapan negatif sebelum misi ke angkasa lepas dijalankan ialah kita dipandang rendah kerana kita merupakan negara yang kecil

3. Pada pendapat saya,rakyat Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan angkasawn kerana penjelajahan angkasa lepas kurang diminati.

Helen & Esther berkata...

ISI-ISI PENTING :
1)Melonjakkan nama Malaysia amat serius dalam membangunkan industri angkasa lepas.
2) Membuka mata dunia bahawa Malaysia amat serius dalam mambangunkan industri angkasa lepas.
3) Menutup tanggpan orang ramai bahawa program ini membazir wang rakyat.
4) Menghapsukan tanggapan negara maju lain yang men ganggap misi Malaysia itu bagi menandingi negara mereka.
5) Menyebarkan ilmu angkasa lepas dalam kelangan pelajar Malaysia .
6) Membuahkan minat generasi muda dalam penerokaan angkasa lepas.
7) Menyediakan kaedah rawatan untuk penyakit kronik .
8) Memanfaatkan pelaburan besar negara untuk bidang ini.

Ringkasan :


Misi berwawasan Malaysia menghantar angkasawan negara yang pertama ke angkasa lepas memberi banyak faedah kepada negara.Kini , nama Malaysia sebaris dengan negara-negara maju lain di arena antarabangsa dalam memajukan industi angkasa lepas . Selain itu, tanggapan negatif orang ramai yang menganggap program ini hanya mensia-siakan wang rakyat adalah salah semata-mata.Para pelajar negara kita juga mula menunjukkan minat mereka terhadap bidang ini memandangkan kejayaan baru-baru ini dan penyebaran ilmu dunia ini tersebar luas . Di samping itu , penyediaan kaedah rawatan bagi penyakit-penyakit kronik berjaya dihasilkan.

( 80 patah perkataan )

Pemahaman :
1)Definisi bagi rangkai kata " kelangsungan program " adalah rancangan sesuatu program yang dilakukan secara berperingkat dan dilaksanakan berterusan ,

2) Tanggapan-tanggapan negatif yang dihadapi oleh negara kita tentang misi ini adalah Malaysia dikatakan ingin menyaingi negara maju lain dan pada pendapat masyarakat negara ini , program ini hanya membazirkan wang rakyat sahaja .

3)Pada pendapat saya , negara Malaysia lewat melaksanakan program ini kerana kekurangan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan dalam penerokaan angkasa lepas. Selain itu , sebelum misi ini mula dirancang , negara kita masih belum bersedia untuk menerima tawaran negara Rusia atas faktor kekurangan perbelanjaan . Tahap pencapaian Malaysia dalam bidang Sains dan teknologi turut menjadi aral bagi mengembangkan industri dan penerokaan angkasa lepas.

audrey & azreeni berkata...

ISI - ISI PENTING :

1) melonjakkan negara Malaysia
2) membuka mata dunia
3) menutup tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat
4) tanggapan negara maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara dapat dihapuskan
5) menambahkan ilmu pengetahuan


RINGKASAN KARANGAN :

Banyak faedah - faedah yang dapat kita perolehi daripada penglibatan rakyat Malaysia dalam misi meneroka angkasa lepas. Antaranya ialah kita dapat menaikkan nama Malaysia di persada dunia. Selain itu, kita dapat membuka mata dunia bahawa kita juga setanding dengan negara - negara lain. Di samping itu, kita juga dapat menafikan pandangan orang ramai bahawa program ini hanya membazir wang rakyat. Selain itu, tanggapan negara maju yang usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi negara lain dapat dihapuskan. Rakyat juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang angkasawan dan perubatan.

SOALAN PEMAHAMAN :

1. Maksud rangkai kata kelangsungan program ialah program yang akan diadakan.

2. Tanggapan negatif sebelum ke angkasa lepas ialah orang ramai berpendapat bahawa program tersebut membazirkan wang rakyat. Selain itu, ramai rakyat tidak yakin bahawa rancangan tersebut akan berjaya.

3. Pada pendapat kami, Malaysia mengambil masa yang lama untuk melahirkan seorang angkasawan kerana kurang kepakaran dan tenaga mahir dalam bidang tersebut.