1/20/2009

Skema Jawapan Ringkasan Karangan 1/2009

Bahagian A (i) Ringkasan Karangan [20 markah]

[Minimum 5 isi. Boleh menyertakan lebih isi, asal sahaja tidak melebihi 80 patah perkataan]

1. Memberi gambaran yang amat jelas tentang kesungguhan negara untuk menyertai penerokaan angkasa lepas.

2. Melonjakkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

3. Membuka mata dunia betapa negara kecil dipeta dunia ini amat serius membangunkan industri angkasa lepas.

4. Penyebaran ilmu dalam kalangan pelajar.

5. Minat generasi muda baik di peringkat tadika terhadap penerokaan angkasa lepas akan berkembang.

6. Program-program untuk mendidik rakyat Malaysia tentang angkasa lepas akan menarik perhatian masyarakat.

7. Pelan tindakan pembangunan angkasa negara sebagai susulan kepada penghantaran angkasawan pertama Malaysia ke ISS akan menerima respon yang baik.

8. Ceramah tentang pengalaman akan menarik minat masyarakat tentang angkasa lepas.

9. Hasil penyelidikan membuka lembaran baharu bidang perubatan rawatan penyakit kronik.

10. Bakal angkasawan yang dilahirkan di negara kita mampu bersaing dengan calon-calon dari negara luar.


Bahagian A (ii) Pemahaman [10 markah]
1. Rangkai kata kelangsungan program membawa maksud meneruskan rancangan.

2. Tanggapan negatif sebelum misi ini dijalankan ialah tanggapan orang ramai bahawa program ini membazirkan wang rakyat. Selain itu ramai yang tidak yakin misi ini akan membuahkan kejayaan. Malah Negara maju menganggap usaha Malaysia menyertai misi tersebut untuk menandingi Negara lain. [Pelajar perlu memberi 2 isi dan isi yang lebih untuk membantu sekiranya isi yang diberi itu salah]

3. Malaysia lewat menghantar angkasawan kerana program ini menggunakan biaya yang besar sedangkan banyak perkara lain yang kerajaan utamakan untuk pembangunan negara. Selain itu, pemimpin sebelum Tun Dr. Mahathir Mohammad tidak menganggap misi ini perlu diberi keutamaan segera. Seterusnya, masyarakat belum yakin akan kemampuan rakyat tempatan untuk bersaing dengan negara-negara maju dalam misi ini. [Pelajar perlu memberi 2 isi dan isi yang lebih untuk membantu sekiranya isi yang diberi itu salah]

Tiada ulasan: