8/12/2008

Kajian Novel (Komsas PMR)

Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji sama ada di Tingkatan 1, Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.

1. Limpahan Darah di Sungai Semur, karya Zakaria Salleh
2. Timulak Kapal Perang, karya Azmah Nordin
3. Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh


Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan binaan plot yang terdapat dalam novel tersebut.

7 ulasan:

Syafinaz :) berkata...

Binaan Plot Novel Tingkatan 3
'Novel Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh'

* Permulaan Cerita
- Memperkenalkan watak-watak seperti Pak Salleh, Mak Jamilah dan juga Hadi. Diketengahkan masalah mengenai Hadi yang ingin menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Cikgu Murad tetapi tidak diberi keizinan oleh ayahnya, Pak Salleh. Pak Salleh menganggap Cikgu Murad adalah seorang penjenayah.

* Perkembangan Cerita
- Mengisahkan pengembaraan yang diketuai oleh Cikgu Murad dan dibantu oleh Pak Musa ke Gunung Itik. Hadi turut menyertai ekspedisi ini. Anggota ekspedisi menemui pelbagai halangan tetapi berjaya ditempuhi oleh mereka.

* Perumitan Cerita
- Anggota ekspedisi melihat cahaya lampu suluh. Mereka juga menemui sebuah pondok di puncak Gunung Itik. Di samping itu, mereka melihat sebuah helikopter mendarat dan tiga orang lelaki yang mencurigakan.

* Puncak Cerita
- Cikgu Murad telah ditangkap oleh pihak polis. Ada penduduk kampung yang menyokong tindakan polis dan ada yang tidak menerima tindakan itu. Hadi tidak mempercayai Cikgu Murad terlibat dengan jenayah seperti yang didakwa oleh ayahnya.

* Peleraian
- Pak Salleh, Mak Jamilah dan Hadi ke balai polis. Pihak polis menerangkan keadaan sebenar mengenai Cikgu Murad yang tidak terlibat dengan sebarang kegiatan jenayah. Pak Salleh meminta maaf daripada Cikgu Murad. Pihak media membuat liputan meluas mengenai Pak Salleh. Pak Salleh berpuas hati kerana punca kekayaannya selama ini sudah diyakini orang ramai.

" Selamat Bercuti XD !! "

~ SYAFINAZ SULAIMAN
~ 3 CEKAL, KTDTHB
~ 18 OGOS 2008

nur hidayah berkata...

Binaan Plot Novel Tingkatan 3
Novel Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh

1)Permulaan Cerita
-pengarang memperkenalkan watak utama iaitu Hadi yang menghadapi konflik

2)Perkembangan Cerita
-Hadi pergi mengikut ekspedisi tanpa pengetahuan ayahnya

3)Perumitan
-Kumpulan ekspedisi mendapati ada orang lain yang lebih awal ke tempat perkhemahan mereka

4)Klimaks
-Cikgu Murad ditangkap oleh polis kerana disyaki terlibat dengan kejadian rompak jongkong emas milik Tauke Edie Jar

5)Peleraian
-Pembebasan Cikugu Murad daripada segala tuduhan dan tertangkapnya perompak yang sebenarnya

~Nur Hidayah Abdul Hardy
~3 Cekal KTDTHB
~19 Ogos 2008

Tanpa Nama berkata...

Binaan Plot "Novel Ekspedisi"

*Perkembangan cerita*
Hadi pergi mengikut ekspedisi tanpa pengetahuan ayahnya.

*Perumitan*
Kumpulan ekspedisi mendapati ada orang lain yang lebih awal ke tempat perkhemahan mereka.

*Klimaks*
Cikgu Murad ditangkap oleh polis kerana disyaki terlibat dengan kejadian rompakan jongkong emas Tauke Eddie Jar.

*Peleraian*
Pembebasan Cikgu Murad daripada segala tuduhan dan tertangkapnya perompak yang sebenarnya.



happpy holidayz!!!


-chai-
3 yakin
20 ogos 2008
=P

Philidya berkata...

Binaan plot novel tingkatan 1
Limpahan Darah di Sungai Semur

PERMULAAN CERITA
-Pengarang menceritakan sejarah hdp Jamaluddin ketika dia masih kecil.Diceritakan juga mengenai tempat dan tarikh kelahirannya iaitu di kuantan,kuala selangor pada tahun 1916.Diceritakan juga mengenai ayah Jamaluddin iaitu Encik Mohammad yang suka menceritakan kisah pahlawan-pahlawan silam kepada Jamaluddin


PERKEMBANGAN CERITA
-Bahagian ini menampilkan kisah zaman remaja Jamaluddin sehingga dia menjadi dewasa.Kiasah mengenai penghijrahannya ke Kuala Lumpur untuk menjadi anggota tentera.Akhirnya dia menjadi anggota tentera dan berkhidmat di beberapa tempat seperti di singapura,sungai petani dan beberapa lagi.

PERUMITAN CERITA
-Bahagian ini menampilkan kisah mengenai operasi yang dilakukan oleh Koperal Jamaluddin dan rakan-rakannya di Kelantan.Pasukan mereka berjaya menewaskan beberapa orang pengganas komunis termasuk memusnahkan perkhemahan pengganas.

PUNCAK CERITA
-Mengisahkan operasi di Sungai Semur yanfg mendapat tentangan hebat daripada pengganas komunis.Dalam operasi ini,Leftenan Hassan telah terkorban danKoperal Jamaluddin mengambil alih tugas Leftenan Hassan.Kisah mengenai anggot akeselamatan ditawan termasuk Koperal Jamaluddin.Bagaimanapun mereka dibebaskan.

PELERAIAN CERITA
-Ketua Kompeni D,Mrajar Garnet melawat tempat pertempuran di Sungai Semur.Koperal Jamaluddin dinaikkan pangkat kepada sarjan.Kemudian beliau dihantar bertugas di Pahang.Bahagian ini menampilkan pengisahan semula ketokohan dan kepahlawanan yang ditunjukkan oleh Sarjan Jamaluddin.Pameran mengensi ketokohsnnys ituy diadakan di Muzium Angkatan Tentera.


'-' maRvis pillie abang & phil

jazrul berkata...

aku suka juga buku tu

malaysia seo

Tanpa Nama berkata...

kau ni bodoh, plot pun guna secara ringkas!!!

Tanpa Nama berkata...

kau ni bodoh, plot pun guna secara ringkas!!!