10/07/2008

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Lihat gambar di laman web berikut dengan teliti http://www.tourism.gov.my. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negara kita. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Usaha-usaha menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negara kita ialah dengan memperbanyakkan tempat untuk melancong.Contohnya,membuat tempat perlancongan baru.Selain itu,kemudahan juga mesti disediakan,seperti tempat penginapan dan juga kemudahan lain.
Disamping itu,kita juga perlu memastikan rakyat negara kita ramah dan juga suka menolong.Kita hendaklah bersikap hormat akan pelancong asing yang datang.
Kita juga memperkenalkan negara kita ke peringkat antarabangsa.Dengan ini negara akan menjadi tarikan pelancong dan juga akan terkenal di merata dunia.
Kita hendaklah mengamalkan usaha-usaha untuk menarik minat pelancong asing ke negara kita.Sebagai rakyat Malaysia,kita haruslah berbangga dengan negara kita.

Tanpa Nama berkata...

Tajuk :Usaha-usaha menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negara kita.

Malysia merupakan sebuah negara yang unik di samping mempunyai pelbagai kaum. Terdapat pelbagai usaha yang dibuat untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negara kita.

Antara usaha yang perlu dijalankan ialah dengan menunjukkan keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum dan bangsa seperti melayu,iban dan lain-lain.Masyarakat Malaysia boleh menunjukkan sikap ramah mesra dan berbudi bahasa semasa melayan karenah pelancong.

Selain itu,kerajaan Malaysia perlu menyediakan tempat pelancongan,penginapan dan kemudahan dengan lebih banyak.Kita juga perlu memastikan persekitaran kita perlu berada dalam keadaan bersih agar dipandang tinggi oleh orang luar.

Oleh itu,kita haruslah bangga menjadi warga Malaysia yang sanggup mengusahakan pelbagai cara untuk menggalakkan kedatangan pelancong asing.

126 patah perkataan
=)
nama:aziera,angie,malcolm,irwin xD

Tanpa Nama berkata...

Kini Malaysia telah menjadi salah sebuah negara yang menjadi tumpuan para pelancong asing.ini disebabkan usaha-usaha kerajaan dalam membangunkan negara.
Antara usaha-usahanya ialah mengekalkan keindahan semula jadi yang ada di Malaysia.Contonhnya,keindahan Port Dickson yang dijaga rapi dan teratur.
Selain itu,menjaga kebersihan merupakan salah satu aset penting untuk menarik pelancong asing datang ke Malaysia.Antara contohnya,tindakan akan diambil kepada sesiapa yang membuang sampah di merata-rata tempat.
Menambah kemudahan asas yang terdapat di Malaysia juga salah satu usaha kerajaan.Contohnya ialah pembinaan tempat penginapan,pusat membeli belah dan taman rekreasi.
Sebagai tambahan kerajaan Malaysia juga telah mempromosi Malaysia ke merata dunia seperti melancarkan program Tourism Malaysia,Tourism Malaysia,Tour De Langkawi dan Visit Malaysia.
Kesimpulannya,kerajaan Malaysia telah banyak berusaha untuk menarik perhatian pelancong datang ke Malaysia.

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Robin, apa pendek sangat? hehe xD..salah eja..
from: HoHo

Tanpa Nama berkata...

Malaysia adalah negara yang aman dan damai.Malaysia juga sebuah negara yang unik sehingga banyak pelancong dari luar negara datang melancong di negara Malaysia.
Terdapat banyak usaha-usaha menggalakkan kedatangan pelancong asing di negara kita.Antaranya ialah,mempromosikan budaya dan kaum kepada negara luar.
Selain itu,memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia.Misalnya Gunung Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Mulu di Sarawak merupakan destinasi yang sering dikunjungi pelancong asing.
Usaha yang seterusnya ialah memperkenalkan perayaan masyarakat pelbagai kaum.Terdapat lebih daripada 5 perayaan yang disambut oleh masyarakat Malaysia.Contohnya,rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri.
Dengan usaha-usaha ini,diharap kedatangan pelancong asing ke negara kita semakin bertambah.
103 patah perkataan

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

shahrul curi idea org jakk keja. tak bloh pake otak chendiri.

d0rInNa_2y berkata...

Tempat peranginan yang terdapat di negara kita merupakan tarikan utama pelancong asing ke negara ini. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong asing untuk datang melawati negara kita. Ini sedikit-sebanyak telah membantu mempromosikan negara kita ke peringkat antarabangsa.
Antara usaha yang telah dijalankan ialah tahun melawat Malaysia iaitu "Visit Malaysia 2007". Usaha seumpamanya telah banyak membantu kemasukkan mata asing ke negara kita."Visit Malaysia 2007" juga telah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dalam sektor pelancongan. Dalam kata lain, usaha ini telah memberi keuntungan kepada semua pihak.
Keunikan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama telah menarik perhatian pelancong asing. Misalnya, pada Hari Raya akan diadakan rumah terbuka dimana orang ramai dapat berkongsi kegembiraan dalam suasana menyambut perayaan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

♥ Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang menyumbang kepada ekonomi negara. Kini, pelbagai usaha pelancongan sedang giat dijalankan untuk menggalakkan bilangan pelancong asing melancong ke negara kita.
♥ Di antara usaha-usaha yang dijalankan ialah dengan mengadakan tahun melawat Malaysia. Peningkatan bilangan pelancong asing meningkat dengan baik apabila cara ini dijalankan. Pelbagai pelancong dari seluruh dunia datang untuk melawat Malaysia.
♥ Selain itu, keunikan budaya Malaysia amat menarik minat pelancong-pelancong asing untuk datang melancong ke Malaysia. Dengan pelbagai kaum dan budaya, sudah tentu banyak perkara yang boleh kita tunjukkan pada dunia luar. Contohnya, negeri Sarawak yang kaya dengan pelbagai khazanah budaya yang boleh menarik pelancong-pelancong untuk datang ke Sarawak.
♥ Di samping itu, promosi secara besar-besaran yang diadakan di Malaysia dan di luar negara turut memberi kesan kepada peningkatan pelancong-pelancong asing. Kementerian Pelancongan bertungkus-lumus mengadakan pelbagai jenis promosi seperti promosi makanan, kebudayaan dan juga dengan menubuhkan pusat pelancongan Malaysia di beberapa buah negara di dunia. Secara tidak langsung, rakyat asing berpeluang untuk mengetahui serba sedikit mengenai Malaysia melalui pusat-pusat tersebut.
♥ Oleh yang demikian, kita haruslah bersama-sama menikhtiarkan banyak lagi aktiviti atau publisiti untuk menggalakkan kedatangan pelancong-pelancong asing ke Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Industri pelancongan membantu meningkatkan ekonomi negara. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan pelancong asing datang ke negara kita.
Antara usaha yang telah dibuat di Malaysia adalah memperkenalkan budaya masyarakat dari pelbagai kaum seperti iban,melanau,bajau dan ramai lagi.
Disamping itu,negara kita juga perlu menyediakan kemudahan asas,tempat pelancongan dan kemudahan yang lain.
Selain itu, kita juga telah memperkenalkan negara kita di peringkat antarabangsa supaya pelancong dari negara lain pergi ke negara kita.
Oleh itu,kita patut bangga dengan negara kita kerana mendapat tempat yang menarik untuk dikunjungi.

stephanie&amirah 2 cekal

Tanpa Nama berkata...

Saya berasa sangat gembira pada hari ini kerana telah diberi peluang untuk menulis karangan yang berdasarkan rangsangan ini.

Pada awalnya saya berasa malu

nama saya Hafeez

Tanpa Nama berkata...

Isaac & Federick

Malaysia merupakan negara yang kaya dengan keindahan alam semulajadi yang menjadi punca tarikan kepada pelancong seluruh dunia.

Terdapat beberapa usaha menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negara kita contohnya mempromosikan budaya dan kaum kepada negara luar.

Selain itu, negara Malaysia juga dapat menganjurkan pertandingan antarabangsa. Contohnya, La Tour De Langkawi.

Seterusnya, adalah menyediakan pengangkutan awam yang lebih lengkap untuk memudahkan perjalanan pelancong di dalam Malaysia.

Dengan usaha-usaha tersebut, Malaysia akan terkemuka di serata dunia. Kita harus berbangga menjadi warga Malaysia.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan keindahan flora dan fauna semulajadi.Oleh itu,kerajaan perlu melakukan pelbagai usaha untuk menarik minat pelancong asing untuk melancong ke negara kita.Di samping itu,pelancongan juga dapat meningkatkan ekonomi negara.
Salah satu usaha yang perlu dilakukan untuk memperkenalkan negara kita adalah dengan menghebahkannya dengan menggunakan media massa seperti internet,televisyen,radio dan majalah.Dengan ini,pelancong asing boleh memilih destinasi pelancongan yang mereka suka.
Selain itu,kerajaan juga harus menyediakan lebih banyak kemudahan asas seperti pusat rekreasi,pantai pelancongan dan rumah rehat.
Kita sebagai rakyat juga perlu memainkan peranan untuk memikat hati pelancong untuk melancong ke negara kita.Kita boleh memperkenalkan hasil kraftangan kaum kita sendiri untuk di pasarkan.dengan itu,kita dapat meningkatkan taraf ekonomi negara dan masyarakat sendiri.
Oleh itu,kita perlu menjalankan usaha-usaha ini untuk membantu negara dan masyarakat kita sendiri.

Tanpa Nama berkata...

antara usaha yang boleh kita lakukan ialah dengan mengadakan kempen menarik pelancong ke negara kita contohnya kempen "CUTI-CUTI MALAYSIA".Selain itu, kita perlu mempeerkenalakan tentang budaya masyarakat di negara kita khususnya di negeri Sarawak Bumi KENYALANG.
Di samping itu,kita perlu beramah mesra sekira terserempak dengan pelancong asing.
Kita haruslah mengamalkan usaha-usaha tersebut untuk meningkatkan ekonomi negara..

kami ialah debbie dan salmi yang berasal dari bumi kenyalang dan bersekolah di ktdthb...2 Cekal

Tanpa Nama berkata...

Malaysia merupakn sebuah negara yang aman damai dan unik. pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menggalakna para pelancong asing ke negara kita.
Salah satu usaha yang ditunjukkan ialah dengan meningkatkan taraf kemudahan asas untuk kegunaan pelancong dan masyarakat yang lain.
Selain itu, kempen-kempen yang diadakan seperti Kempen Melawat Malaysia 2007 untuk menarik minat para pelancong asing berkunjung ke Malaysia.
Keunikan dan keaslian budaya malaysia dapat menyerlahkan keistimewaan Malaysia di mata dunia untuk berkunjung ke Malaysia.Keagungan dan keindahan budaya malaysia yang pelbagai dapat menarik minat para pelancong yang mencari destinasi percutian.
Justeru,usaha-usaha dari kerajaan untuk meningkatkan kedatangan para pelancong ke negara kita harus disokong supaya negara kita sentiasa maju dan terus berjaya di mata dunia.sarah

Tanpa Nama berkata...

Negara kita iaitu Malaysia,adalah satu negara yang unik.Oleh itu,pelbagai usaha perlu dilakukan untuk pelancong asiang datang ke negara kita.
Sebagai contoh,pihak kerajaan harus menyediakan kemudahan awam.Ini dapat memudahkan pelancong asing menggunakan kemudahan yang disediakan.
Selain itu,kita harus mengadakan kempen,contohnya tahun melawat Malaysia 2007.Dengan ini dapat memajukan ekonomi di negara kita.
Disamping itu,semasa mereka datang ke negara kita,kita boleh memperkenalkan keunikan budaya masyarakat Malaysia.
Kesimpulannya,kita haruslah berusaha melakukan usaha ini.
Nama kami,Alicephia dan Shanneylin

Tanpa Nama berkata...

Hebrews dan Gowdie

Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.Selain itu juga, Malaysia juga merupakan negara yang kaya dengan keindahan semula jadi yang menjadi punca tarikan pelancong-pelancong di serata dunia
Usaha-usaha menarik pelancong luar juga amatlah perlu untuk menjana sumber kewangan dan menjadikan Malaysia satu persingahan yang terkenal.
Contoh-contoh untuk menarik perhatian pelancong dengan menunjukan keunikan Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum seperti kaum Iban,Kayan,Bidayuh,Melanau,Dusun,dan lain-lain.

Sekian

Tanpa Nama berkata...

pelancongan adalah aset paling penting untuk ekonomi negara.pelbagai usaha telah dilakukan untuk menarik pelancong dari luar negara datang ke negara kita.kempen contohnya melawat malaysia ataupun visit malaysia adalah salah satu usaha menggalakkan kedatangan pelancong asing.
=ain dan jessica..hahah