1/20/2009

Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

Lihat gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kaedah belajar yang berkesan. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



24 ulasan:

intan seirra 1 gigih berkata...

nama:intan seirra binti masaad
kelas:1 gigih

Ilmu sangat penting dalam kehidupan kita,terutamanya di kalangan murid-murid sekolah. Terdapat pelbagai kaedah belajar yang berkesan yang boleh kita amali bagi meningkatkan prestasi kemajuan pelajaran kita,terutamanya bagi subjek yang susah.

Antaranya,menubuhkan sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan. Dengan ini,kita boleh berkongsi masalah yang dihadapi bersama-sama.

kita juga patut menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar dan bertanyakan soalan seandainya tidak faham.bak kata pepatah,"malu bertanya sesat jalan".

Selain itu,kita patutlah mengulang kaji pelajaran seandainya ada masa terluang.Dengan ini,kita akan lebih memahami subjek yang dipelajari.

Oleh itu,amatlah penting bagi kita mengamalkan kaedah belajar yang berkesan,sesungguh,"ilmu pelita hidup".

(118 patah perkataan)

intan seirra 1 gigih berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
NUR ZALIN BT ZAILAN berkata...

Nur Zalin bt Zailan
1 Gigih
21/01/09

Ilmu sangat penting terutamanya pada para pelajar.Ilmu dituntut tidak kira pada murid sekolah menengah ataupun sekolah rendah.Oleh itu adalah sangat penting untuk belajar melalui cara-cara belajar yang berkesan.
Pelbagai kaedah belajar yang berkesan.Antaranya ialah belajar secara berkumpulan,melawat sambil belajar,menonton cerita tentang hal pelajaran,belajar dengan orang yang mempunyai pengalaman yang lebih mendalam,belajar melalui internet dan banyakkan membaca buku bertajuk pelajaran.
Kita seharusnya menumpukan perhatian semasa guru memberi penerangan.Masa kita untuk menonton televisyen juga harus dikurangkan kerana ianya boleh mmembuat kita leka.Kita seharusnya mengambil makanan yang berkhasiat seperti roti,nasi,ikan,sayur-sayuran dan lain-lain.
Masa tidur juga adalah penting kerana jika tidur kita tidak memcukupi,kita akan mudah tertidur di dalam kelas dan kita juga akan tertinggal di dalam pelajaran.Jika kita tidak cukup tidur,kita akan mudah mengalami pening kepala.
Oleh itu kita patut menjaga pemakanan,tidur pada masa yang sesuai.

Khairun Emylyana Amin (1 gigih) berkata...

Nama : Khairun Emylyana Amin
Tingkatan : 1 Gigih
Tarikh : 21.1.2009

Ilmu wajib didapati oleh setiap pelajar. Terdapat banyak kaedah belajar yang berkesan untuk mendapat ilmu.
Salah satunya ialah membincangkan dalam kumpulan. Menbincangklan tentang matapelajaran yang tidak difahami. Hal ini membolehkan kita cepat memahami terutama jika bertanya kepada guru atau rakan. Pelajar yang sudi membantu juga akan belajar sesuatu.
Tambahan pula, jika di dalam kelas atau kurikulum, kita juga mesti bertanya jika ada yang tidak difahami dan jika tidak bertanya nanti akan kebingungan. Bak kata pepatah, 'malu bertanya sesat jalan.' Dengan bertanya kita akan lebih senang menjawab soalan dengan mudah.
Ketika waktu lapang kita juga nesti lakukan kerja yang belum disiapkan. Jika kita tidak menghiraukannya kita akan rugi. Kita akan menjadi malas dan ilmu akan lambat masuk.
Kesimpulannya, ilmu akan dapat dengan mudah jika kita tahu tentang kaedah belajar yang brkesan. Rajin belajar juga kuncinya.

Jawidah Adiba berkata...

Nama:Jawidah adiba
Tarikh:21/1/2009
Tingkatan:1 Gigih


Ilmu sangat penting kepada semua orang terutamanya kepada pelajar sekolah.Pelajar boleh mendapat ilmu di dekolah rendah mahupun di sekolah menengah.Oleh itu,kita perlu tahu kaedah belajar yang sesuai untuk meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

Antara kaedah yang sesuai untuk belajar ialah,belajar di dalam kumpulan.Kaedah ini boleh membantu kita untuk lebih mahir dalam sesuatu pelajara.

Selain itu,kita juga boleh bertanya guru sekiranya ada sesuatu yang kita tidak faham kerana bertanya guru adalah sesuatu yang efektif.bak kata pepatah,"malu bertanya sesat jalan"

Di samping itu,mengulang kaji pelajaran ketika ada waktu yang terluang juga boleh membantu kita untuk meningkatkan prestasi kita dalam pelajaran.bak kata pepatah"masa itu emas".



Kesimpulannya,kita haruslah mengetahui kaedah-kaedah untuk meningkatkan prestasik kita.


(114 patah perkataan)

Mohd Yazid Bin Abdul Mohamad 1 Gigih berkata...

Nama Mohd Yazid
Tingkatan 1 Gigih

Ilmu sangat penting bagi kita.Oleh itu,kita perlu tahu kaedah belajar dengan berkesan untuk mendapat ilmu yang maksimum.Kita boleh belajar di mana sahaja tidak kira tempat.
Antara kaedah yang berkesan ialah dengan belajar secara berkumpulan supaya kita lebih tahu bagaimana cara-cara untuk menjawab soalan dengan betul.Contohnya soalan jenis rangsaan,ia memerlukan isi-isi penting dan ringkasan yang betul.
Selain itu,kita janganlah malu untuk bertanya kerana jika kita malu hendak bertanya alamatnya kita akan sesat jalan.
kita juga haruslah mengulangkaji semua mata pelajaran supaya kita akan.........

WAn Mohammad Ashraf Bin Wan Mat berkata...

Nama:WAn Mohmmad Ashraf bin Wan Mat
Tingkatan: tingkatan 1 Gigih

Ilmu itu penting bagi kita, oleh itu kita perlu belajar dengan berkesan untuk mendapat ilmu yang maksimum.Kita boleh belajar di mana-mana sahaja tidak kira di rumah ataupun disekolah.
Diantara kaedah bekajar yang berkesan ialah dengan belajar secara berkumpulan. kita boleh berkongsi maklumat atau cara-cara untuk membuat kerja. Contohnya matematik, pelajaran matemateik memerlukan kepakaran dalam mengira.
Selain itu, kita juga perlu bertanya kepada guru jika kita tidak faham tentang apa yang dipelajari. bak kata pepatah jika malu bertanya kita akan tersesat jalan. Cikgu akan menerangkan semula tentang apa yang kita tidak faham.
Di samping itu, kita juga mestilah belajar dengan bersungguh-sungguh...........

MUHD NORAZLAN BIN SAKAWIE berkata...

NAMA:MUHD NORAZLAN BIN SAKAWIE
TINGKATAN:1 GIGIH/2009
TARIKH:21.01.09

Ilmu amat penting kepada semua orang terutamanya untuk pelajar.Oleh itu,pelajar hendaklahmenggatahui cara belajar yang betul.Pelajar haruslah belajat dalam kumpulan,hal ini kerana jika ada sesuatu yang tidak diketahui pelajar dapat berbincang bersama rakan yang lain.
Selain itu,pelajar juga mesti selalu bertanya kepada guru.kepentingan guru buat masyarakat adalah teramat penting.Oleh itu,selalu lah bertanya apa yang tidak diketahui oleh pelajar.
Di samping itu,pelajar hendaklah mengulang kaji mata pelajaran tanpa disuruh.Ia dapat memupuk sikap rajin dalam diri seseorang individu.
Pelajar akan dapat mengguasai semua mata pelajaran sekiranya rajin belajar.
kesimpulannya,pelajar atau semua orang amat memerlukan ilmu untuk memudahkan kehidupan.

Nurul Farhana,1 Gigih,21.1.2009 berkata...

Nurul Farhana
21.1.2009
Tingkatan 1 Gigih

Ilmu sangat penting kepada semua orang terutamanya kepada kepada pelajar sekolah. Pelajar boleh mendapat ilmu di mana saja.Oleh itu,kita perlu tahu kaedah yang sesuai untuk belajar supaya kita dapat meningkatkan prestasi dalam pelajaran.

Antara kaedah yang sesuai untuk belajar adalah belajar di dalam kumpulan. Kaedah ini boleh membantu kita kerana kita boleh berbincang dengan kawan tentang topik yang tidak difahami.

Selain itu,kaedah bertanya kepada guru adalah sangat efektif. Bak kata pepatah,'malu bertanya sesat jalan.' Kaedah ini haruslah diamalkan supaya kita tidak ketinggalan dalam pelajaran.

Di samping itu,mengulangkaji pelajaran yang telah diajar oleh guru adalah satu kaedah yang harus kita amalkan. Ini kerana kita akan dapat mengingati topik yang telah diajar kepada kita. Kedah ini boleh dilakukan pada masa lapang.

Kesimpulannya,sebagai pelajar,kita harus mengamalkan kaedah belajar yang betul untuk mendapat ilmu yang maksimum.

120 patah prkataan

NURUL SYAFIQAH[1 G] berkata...

NURUL SYAFIQAH
21.01.2009
tingkatan 1 gigih

Ilmu sangat penting bagi setiap pelajar sama ada sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Sebagai seorang pelajar kita harus menghargai ilmu yang telah diajar oleh guru kita.
Antara kaedah pembelajaran yang pertama ialah belajar dalam kumpulanp.Kita boleh bertanyakan soalan sekiranya kita tidak faham.Hal ini demikian,pemikiran kita juga akan meningkat.
Kedah pembelajaran yang kedua ialah bertanya dengan guru sekiranya kita tidak memahami.kita juga boleh mengangkat tangan dan terus bertanya dengan guru yang mengajar.Dalam peeribahasa.`malu bertanya sesat jalan`.
Kaedah pembelajaran yang terakhir ialah mengulang kaji secara berterusan.Kita juga akan dapat semaikan minat belajar.Bak kata pepetah masa itu emas.
Kesimpulannya,kita akan mencapai kejayaan pada masa hadapan sekiranya kita belajar dengan cara yang betul
[103 pp]

syahmi afham bin kamal bahrom berkata...

Nama:Syahmi Afham Bin Kamal Bahrom
Kelas: 1 Gigih
Ilmu ialah salah satu perjalanan hidup kita sebagai manusia.Tanpa ilmu kita tak bermakna di dunia ini.Oleh itu,kita sebagai murid atau pelajar haruslah menimba ilmu.
Belajar ialah kerja yang sangat menguntungkan.salah satunya adalah belajar dalam kumpulan.Belajar dalam kumpulan adalah salah satu cara yang sangat berkesan.
Kita hendaklah bertanya jika terkeliru atau kurang faham.Kaedah ini boleh mengelakkan kita dari keliru dengan jawapan.
Menumpukan perhatian yang sepenuhnya ketika cikgu mengajar.
menyalin atau mencatat apa yang perlu.mengulang kaji adalah sangat baik jika kita terlupa apa yang telah di ajar.
Belajar adalah baik dan dituntut oleh semua ibu bapa.tetapi belajar juga mempunyai had ,jika kita telah belajar selama satu jam rehatlah sebentar untuk mengelakkan stress.
(116 perkataan)

fifia. berkata...

NAMA:Ayufittria Bt Abdul Rahman
KELAS:1 Gigih
Ilmu sangat penting kepada para pelajar, sama ada di sekolah rendah ataupun sekolah menengah.Terdapat banyak kaedah belajar yang sesuai dan berkesan untuk kita amalkan.
Antara kaedah yang berkesan ialah,para pelajar boleh belajar dalam berkumpulan.Kita boleh berkongsi pendapat dan ilmu.
Selain itu,kita juga harus menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru mengajar. Sekiranya kita tidak tahu atau tidak paham, kita hendaklah bertanya kepada guru supaya mereka boleh menerangkan dengan lebih lanjut lagi.
Apabila ada masa yang terluang, kita boleh mengulangkaji pelajaran. Cara ini dapat membantu kita mengingati semula apa yang telah diajarkan oleh guru di sekolah.
Akhir sekali, kita hendaklah mengamalkan kaedah pembelajaran yang berkesan.
(108 patah perkataan)

Firdaus Azizi berkata...

Nama:Mohd Firdaus Azizi Bin Zamahri
Kelas:1 Gigih
Tahun:2010
ilmu sangat penting kepada kita kerana tanpa ilmu kita takkan berjaya pada masa hadapan.Terdapat pelbagai kaedah pembelajaran yang sangat berkesan.
Seperti membuat ulangkaji pelajaran yang susah untuk mengetahui soalan-soalan yang susah ketika kita membuat persediaan untuk ujian ataupun sebagainya.
Selain itu,kita mesti menumpu sepenuh perhatian ketika guru mengajar dan sekiranya kita tidak faham kita boleh bertanya kepada guru.
Selepas itu,kita membuat kumpulan belajar bersama rakan ketika masa lapang di sekolah.Dengan cara,ini kita boleh berkongsi soalan ataupun sebagainya untuk kita bincang bersama rakan-rakan.
oleh itu, kita mesti mempunyai ilmu untuk berjaya pada masa hadapan yang cerah bak kata pepatah,"ilmu jambatan pada masa hadapan yang cerah".
(100 patah perkataan)

Shahirul Aqmal berkata...

Ilmu merupakan lilin dalam kehidupan kita.Tanpa ilmu,kita tidak akan hidup dengan sempurna.Ilmu boleh didapati dengan kaedah belajar yang berkesan.

Antara kaedah belajar yang berkesan ialah belajar dalam kumpulan.Kaedah ini dapat mewujudkan idea yang bernas.

Selain itu,kita juga harus rajin bertanya kepada guru.Dengan cara tersebut,kita tidak akan sesat dalam pelajaran

Akhir sekali,kita mesti membuat ulang kaji semasa masa lapang.Cara ini sekali gus dapat mengisi masa lapang kita.

Secara kesimpulannya,ilmu boleh didapati dengan cara yang berkesan.


nama:SHAHIRUL & Hamizan
kelas:1 GIGIH

Hazizi & Dzharif berkata...

Nama : Hazizi & Dzharif
Kelas : 1 Gigih

Ilmu sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Tanpa ilmu, kita pastilah akan sesat di dalam dunia ini. Kita mestilah bersyukur dengan ilmu-ilmu yang diberikan oleh guru supaya berjaya di masa depan. Terdapat pelbagai cara untuk menimba ilmu.

Antaranya, kita boleh menubuhkan sekumpulan pelajar untuk belajar. Dengan ini, kita boleh bertanya sesama rakan kita sekiranya kita tidak tahu.

Kita juga haruslah memberi sepenuh perhatian apabila cikgu sedang mengajar. Tanyalah kepada cikgu apabila tidak memahami apa yang diajar.

Di samping itu, kita hendaklah mengisi masa lapang kita dengan benda yang berfaedah dengan mengulangkaji matapelajaran. Janganlah belajar pada saat-saat akhir.

Oleh itu, ilmu sangatlah penting bagi kita. Jadi, janganlah sia-siakan masa yang kita ada. Sesungguhnya, rajin belajar adalah kunci segala pintu.

(118 patah perkataan)

Abdul Haffiz B Sharbini berkata...

Ilmu ialah sesuatu yang perlu
ada pada setiap orang walaupun
sedikit untuk menjalani hidup di
zaman moden sekarang.Makin banyak ilmu yang diperoleh,makin senang kita menjalani hidup pada setiap masa.

ILmu mempengaruhi semua bidang pekerjaan mahupun pelajaran.Ilmu bukan senang didapati,kita memerlukan usaha yangh tinggi untuk mendapatkannya.

Antara usahanya ialah belajar berkumpulan kerana kita dapat saling bantu-membantu dalam pelajaran.

Kita juga perlu bertanya kepada cikgu supaya kita lebih faham. Kita juga mesti sentiasa mengulang-kaji pelajaran supaya kita tidak
akan lupa.
(84 patah perkataan)

Nur'rul Syuhada dan Farah Wahidah berkata...

Nama:Nur'rul Syuhada bt Apeni
Farah Wahidah bt Hamzah
Kelas:1 Gigih

Ilmu merupakan sesuatu perkara yang amat penting dalam hidup kita.Kita amat digalakkan untuk belajar supaya kita dapat berjaya pada suatu hari nanti.Terdapat banyak kaedah belajar yang berkesan untuk meningkatkan prestasi kita.

Antara kaedah belajar yang berkesan ialah dengan menubuhkan sebuah kumpulan belajar.Dengan ini, kita boleh berkongsi pendapat dan idea bersama-sama.

Selain itu,kita juga harus menumpukan perhatian tatkala guru mengajar.Kita juga harus bertanya jika kita mempunyai soalan sekiranya tidak faham.

seterusnya,kita haruslah membuat ulangkaji dengan sendiri.Dengan cara itu,kita dapat menambah pengetahuan dan kita juga dapat mengesan kelemahan kita dalam sesebuah subjek.

Kesimpulannya,kita harus mengamalkan kaedah belajar yang berkesan.Bak kata pepatah 'ilmu itu pelita hidup'.

(107 patah perkataan)

idzatul berkata...

Pelajar tidak dapat dipisahkan dengan perkataan ilmu. Pelajar selalunya sentiasa menghadapi masalah dalam teknik belajar. Banyak teknik belajar dengan berkesan yang kita ketahui sebenarya namun, kita tidak mengamalkan teknik-teknik tersebut.

kita dapat megamalkan teknik pertama iaitu belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan pula dapat membuatkan kita berasa selesa dan menghadapi masalah bersama-sama.

Selain itu, kita mestilah bertanya kepada guru tentang sesuatu yang kita tidak fahami. Pelajar pula haruslah beranya soalan-soalan logik yang boleh meningkaatkan ilmu pelajar.Bak kata pepatah 'malu bertanya, sesat jalan'

Oleh itu, seperti yang kita telah ketahui selama ini latihan mementapkan ilmu. Jika kita sekadar membaca nota, apa yang kita telah pelajari tidak dapat difahami dengan sepenuhnya.

Kesimpulannya, belajarlah dengan cara yang berkesan. Janganlah seperti 'kata di bawah tempurung,.

[115 pp]

yasmeensuraya dan alyaahusna berkata...

nama:Yasmeen Suraya Binti Mohd Roslan dan Alyaa Husna bt. Mohd. Zailani
kelas:1 gigih

Ilmu sangat penting bagi kita. Kita telah belajar semenjak berumur 5 tahun iaitu ketika berada di prasekolah ataupun tadika.Tanpanya kita tidak dapat meneruskan kehidupan.Oleh itu,terdapat pelbagai kaedah belajar yang berkesan.

Kaedah pertama ialah belajar secara berkumpulan. Ia dapat mengurangkan tekanan kerana kita dapat berkongsi masalah serta ilmu. Ia juga dapat menghiburkan sesama sendiri kerana kita tidak berasa bosan dan sunyi.

Seterusnya menumpukan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar.Jika kita tidak faham tentang sesuatu perkara,kita hendaklah bertanyakan kepada guru agar kita tidak dibelenggu oleh segala persoalan.

Selain itu,mengulang kaji secara perseorangan akan memantapkan kesefahaman kita. Kita juga dapat membaiki kesalahan yang lazim dilakukan ketika ujian.


Kesimpulannya tuntutlah ilmu kerana ilmu amat berharga untuk menjamin masa depan yang cerah.
(120 patah perkataan)

Tanpa Nama berkata...

Nama:Mohd.Nazrin
Kelas:1 GIGIH

Ilmu sangat penting kerana ia boleh mencerahkan masa depan seseorang terutamanya di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Oleh itu,kita hendaklah tahu cara-cara belajar yang berkesan.

Antaranya ialah menubuhkan sebuah kumpulan belajar bersama rakan-rakan.Dengan ini,kita boleh memberi pendapat antara satu sama lain.

Di samping itu,kita juga mestilah munumpu sepenuh perhatian semasa guru sedang mengajar dan bertanyakan soalan seandainya tidak faham.Kita tidak harus membuangkan masa dengan berbual sesama rakan.

Selain itu,kita sewajarnya memenuhi masa terluang kita dengan mengulangkaji pelajaran.

Oleh itu,teramatlah penting bagi kita untuk mengamalkankaedah belajar yang berkesan.

(90 patah perkataan)

luqman&zul berkata...

Nama : Luqman Hakim & Muhd Zulsyahmi
kelas : 1 gigih

ilmu penting untuk kita semua kerana ianya perlu untuk masa depan terutamanya pelajar-pelajar di sekolah. Pelbagai cara belajar boleh digunakan di sekolah dan di rumah.

Kita boleh belajar secara dlm kumpulan di sekolah dan di rumah. Kita dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan senang.

Selain itu, kita boleh bertanya dengan cikgu jika kita tidak faham. Kita tidak perlu malu untuk bertanya kerana ilmu adalah penting.

Kita harus mengulangkaji selalu di rumah jika ada masa lapang. Dengan ini, kita dapat fokus dengan pelajaran kita tanpa gangguan dari orang lain.

Oleh itu, cara-cara pembelajaran amat penting bagi kita semua. Kita harus mengamalkannya dengan baik. Bak kata pepatah "Biar susah dahulu, senang kemudian".

(112 perkataan)

Haziq n Zaim berkata...

Nama:Mohd Haziq dan Ahmad Zaim
Kelas:1 gigih

Ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan seharian terhadap murid-murid.Oleh itu,kita perlu tahu kaedah belajar yang betul.

Antara kaedah belajar yang sesuai ialah belajar dalam kumpulan.Kaedah ini boleh membantu untuk lebih mahir dan dapat berkongsi masalah yang dihadapi dalam sesuatu pelajaran.

Selain itu,kita janganlah malu untuk bertanya kepada guru di dalam kelas apabila kita tidak faham.Ia boleh menyebabkan kita ketinggalan zaman.

Akhir sekali, kita haruslah mengulang kaji pelajaran sewaktu kita mempunyai masa lapang.Dengan ini,kita dapat meningkatkan prestasi kita dalam pelajaran .

Kesimpulannya,pelajar haruslah mengamalkan setiap kaedah pembelajaran untuk berjaya dan cemrlang di masa akan datang.
[ 101 patah perkataan]

Alya Afiqah berkata...

Alya Afiqah-1 Gigih

Ilmu sangat penting dan bermakna kepada kita tidak kiea di kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.Terdapat banyak kaedah yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan prestasi penpelanjaran kita.

Kita boleh membentukkan satu kumpulan belajar dengan mengajak rakan-rakan kita belajar bersama-sama.Dengan ini,kita boleh berbincang dengan rakan-rakan tentang soalan yang tidak diketahui.

Selain itu,semasa guru mengajar,kita boleh mengamalkan sikap bertanya kepada guru mengenai soalan yang kita kurang pasti. Oleh itu, kita tidak ayik tertanya-tanya

Kita juga boleh mengamalkan sikap rajin mengulang kaji dan membuat nota untuk meningkatkan prestasi penbelanjaran kita ke arah kecemerlangan. Ia dapat membuat kita lebih faham akan sesuatu perkara.

Kesimpulannya,jika kita mempraktikkan kaedah penbelanjaran yang berkesan,kita boleh berjaya di dunia dan di akhirat.Kejayaan akan sentiasa bersama kita jika kita berusaha.
(116 patah perkataan)

cheerful gurlz berkata...

Setiap insan yang ada di dunia ini harus berilmu pengetahuan, bak kata orang-orang tua, dukunglah ijazah sebelum mendukung bayi. Tetapi bagaimanakah cara-cara belajar yang berkesan?

Pertama sekali, kita boleh belajar secara berkumpulan dengan rakan-rakan kita. Dengan ini, kita boleh berkongsi dan bertukar pendapat sesama lain.

Selain itu, kita juga mestilah berani untuk bertanya apabila kita tidak memahami pelajaran yang diajar oleh guru. Bak kata pepatah, malu bertanya sesat jalan.

Di samping itu, kita juga semestinya rajin mengulang kaji pelajaran apabila kita mempunyai masa lapang. Dengan cara ini, kita boleh memahami dengan lebih mendalam mengenai pelajaran yang telah diajar oleh guru.

Tuntasnya, terdapat pelbagai cara belajar yang berkesan yang dapat membantu kita dalam memajukan pelajaran kita. Bak kata pepatah, ilmu ialah penjamin masa depan kita.

(123 patah perkataan)