6/17/2009

Karangan berdasarkan bahan rangsangan



Perhatikan gambar berikut dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang penggunaan internet dalam dalam kalangan masyarakat Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

38 ulasan:

NURUL SYAFIQAH SERKAWI,1 GIGIH berkata...

NURUL SYAFIQAH SERKAWI
1 GIGIH
08.07.2009


Internet banyak berguna kepada kita.Terdapat beberapa pendapat penggunaan internet dalam keluarga masyarakat malaysia.Antara seperti dapat mencari maklumat,dapat memudah urusan kerja dan boleh menyeronokkan.

Penggunaan internet yang pertama ialah dapat mencari maklumat.Contohnya seperti mencari maklumat tentang pelajaran,kerja kursus dan lain-lain.Ia dapat memudahkan kita agar dapat menjimatkan masa.

Penggunaan yang kedua ialah dapat memudahkan urusan seperti urusan bank dan sebagainya.Ia dapat membantu kita agar tidak melengahkan masa.

Penggunaan internet yang terakhir ialah boleh menyeronokkan diri dengan melayari interner yang berfaedah seperti laman web pendidikan.Ia juga membolehkan kita mengisi masa lapang.

Kesimpulannya,jangan 'seperti katak di bawah tempurung' supaya kita tidak ketinggalan dalam penggunaan internet pada masa kini.

[103 pp]

Izwan,Yazid,Zainurul berkata...

Pada pendapat saya,penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin luas tanpa mengira usia.


Terdapat banyak kesan baik internet kepada kita.Salah satu daripadanya ialah internet membantu kita menjimatkan masa dan wang untuk membuat perbankan dan sebagainya.Kita dapat mencari maklumat dengan mudah dan tepat.

Selain itu,kita juga boleh mendapat kawan baru dari dalam mahupun luar negara.Kita juga dapat bersembang sambil bertukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Namun,ada beberapa kesan buruk dari internet.Sebagai contoh,membuka laman web yang kurang berfaedah seperti "online game".

Di samping itu,kita boleh terpengaruh oleh unsur-unsur negatif seperti fitnah dari pelbagai blog peribadi.

Kesimpulannya,kita haruslah bijak menggunakan kemudahan internet bagi meningkatkan kemajuan diri dan masyarakat.

122 patah perkataan.

Khairun Emylyana (1 Gigih) berkata...

Penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berleluasa. Semua orang menganggap penggunaan internet ini satu kebaikan tetapi ada juga keburukannya.

Penggunaan internet ini boleh membantu pelajar-pelajar mencari maklumat tentang sesuatu pelajaran atau sejarah yang dipelajari. Mereka akan mengetahui tentang satu pelajaran dengan mudah. Selain itu, kita juga dapat mengenali kawan melalui internet dari serata dunia. Oleh itu, lebih senang kita mengetahui tentang adat negeri mereka.

Walaupun begitu, masyarakat Malaysia termasuk para pelajar akan ketagih melayari internet jika tidak diawasi. Mereka akan terjerumus ke laman web yang mengandungi unsur-unsur lucah jika tidak diawasi. Dalam hal ini, ibu-bapa seharusnya bertanggungjawab mengawasi anak mereka ketika melayari internet.

Selain daripada ibu-bapa, guru-guru di sekolah juga seharusnya memberi teladan kepada para pelajar supaya melayari laman web yang betul dan ada unsur pelajaran.

Masyarakat Malaysia seharusnya membahagi masa dalam penggunaan internet terutama para pelajar yang akan menduduki peperiksaan.

Tanpa Nama berkata...

INTERNET AMAT PENTING BAGI SEMUA ORANG.HAL INI KERANA ,INTERNET DAPAT MEMUDAHKAN KITA KITA MENDAPATKAN MAKLUMAT DENANG TELITI.

DI MALAYSIA PENGUNA INTERNET TELAH BERKEMBANG PESAT.PERKARA YANG BOLEH MEMBUKTIKANNYA IALAH ,DISETIAP SEKOLAH TERDAPAT MAKMAL KOMPUTER.

KADANG KALA ADA YANG MENGUNAKAN INTERNET MELAMPASI BATAS.TETAPI ITU CUMA SEBAHAGIAN.

OLEH ITUTGUNA KAN LAH INTERNET DENGAN BETUL.

intan seirra 1gigih berkata...

Penggunaan internet kini sudah tidak asing di kalangan kita masyarakat Malaysia selaras dengan arus kemodenan yang negara kita telah kecapi kini.

Internet penting bagi kerja-kerja yang memerlukan penggunaan ICT sepenuhnya seperti membuat 'searching' di dalam internet tentang sesuatu perkara atau isu-isu semasa.Kita juga akan dapat memantapkan lagi kemahiran ICT kita.Kini ilmu ICT sudah diiktiraf penting dan perlu ada bagi seseorang itu mencari kerja terutama sesuatu kerja yang melibatkan penggunaan komputer atau internet.

Penggunaan internet sesuai untuk semua peringkat umur samaada anak-anak remaja mahupun yang masih bersekolah di sekolah rendah.Mereka telah mampu menguasai ilmu ICT pada usia yang begitu muda.

Namun,penggunaan internet juga boleh memudaratkan seseorang pengguna apabila penggunaannya disalahgunakan.

Justeru,rakyat Malaysia haruslah menguasai penggunaan ICT atau internet ini agar negara kita setaraf negara lain.

Nur Shafiqah Jasmi(1g) berkata...

Penggunaan internet di kalangan masyarakat malasia kini terkenal dengan penggunaan internet da kalangan guru,murid dan juga orang awam.

Kini penggunaan internat makin meluasa digunakan hingga di seluruh dunia.Kita haruslah pandai menggunakan barang yang moden seperti ini supaya imej Malaysia tidak jatuh dan kita dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Seperti yang kita tahu,orang ramai menggunakan internet sebagai kemudahan yang telah diber.Tetapi ada juga orang yang menggunakan internet untuk membuat kerja yang tak berfaedah dan tidak bermoral dan ada seseparu orang membuat kerja yang berunsur negatif.

Kemudahan untuk menggunakan internet di sekolah telah diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah mahupun menengah untuk membuattugasan yang di beri oleh cikgu.Guru-guru juga meggunakan internet untuk membuat tugasan mereka sendiri.

Ibu bapa haruslah tahu dan megambil berat kepada anak-nak mereka jika ibubapa menyediakan internet di rumah.Ibubapa juga berperanan untuk melarang anak - anak mereka supaya tidak terjebak ke dalam laman web yang tidak bermoral dan tida berfaedah.Murid - murid selalu terjebak kerana sentiasa mengikut kawan,kerana perasaan ingin tahu dan banyak lagi sebab yang lain.

Penggunaan internet juga ada kebaikannya contohnya murid - murid boleh mencari bahan keperluan untuk menyiapkan tugasan yang diberi.

Akhir sekali,ketahuilah penggunaan internet di kalangan guru dan pelajar banyk kegunaannya dan penggunaan internet haruslah digunakan dengn sebaiknya.

Jawidah adiba berkata...

internet ialah satu sistem perhubungan untuk mendapatkan maklumat tanpa batas. Internet memberikan kebaikan dan keburukan tetapi kebaikan daripada internet melebihi keburukan.

Internet membantu kita mendapatkan maklumat dengan mudah. Jika perlu, maklumat itu dapat dicetak untuk dijadikan bahan rujukan.


Selain itu, internet menjimatkan masa. Sekiranya kita hendak mendapatkan satu maklumat, kita tidak perlu ke perpustakaan untuk meminjam buku. sebaliknya, dengan internet kita bolej mendapatkan maklumat dengan beberapa saat sahaja.


Internet juga sesuatu yang menyeronokkan. Dengan internet, kita boleh melayari laman web yang pelbagai untuk mendapatkan hiburan seperti melihat video dan lain-lain lagi.

Jelaslah internet banyak memberikan daedah kepada kita. Namun Demikian, kita perlu menanamkan azam untuk melayari laman web yang positif sahaja.


JAWIDAH ADIBA

aaina najihah berkata...

Internet merupakan kemudahan teknologi yang serba canggih pada zaman sekarang.Internet telah menjadi sangat terkenal pada masa kini.

Internet juga mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.Antara kebaikan internet ialah internet merupakan sumber maklumat kepada kita selain daripada buku.

Selain daripada itu,internet juga memudahkan kita untuk menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan kepada kita.

Selain itu,kita boleh menjimatkan masa dan wang kerana kita tidak perlu pergi ke bank untuk membayar hutang kita dengan pihak bank.

Antara keburukan internet ialah kita boleh tertipu dalam beberapa perkara.Selain itu,kita mudah lalai apabila menggunakan internet.

Oleh itu,kita hendaklah menggunakan internet untuk perkara-perkara yang berfaedah sahaja.

andvian,gibson berkata...

pndahuluan:Pada pendapat saya,penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin luas tanpa mengira usia.

isi 1:Internet membantu kita mendapatkan maklumat dengan mudah. Jika perlu, maklumat itu dapat dicetak untuk dijadikan bahan rujukan.

isi 2:Selain itu,kita juga boleh mendapat kawan baru dari dalam mahupun luar negara.Kita juga dapat bersembang sambil bertukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

isi 3:Namun,ada beberapa kesan buruk dari internet.Sebagai contoh,membuka laman web yang kurang berfaedah seperti "online game".

penutup:maka kita sepatutnya bijak menggunakan segala kelengkapan ict dan internet dengan bijak ke arah kebaikan dan bukan ke arah negatif.

Malcolm berkata...

Dewasa kini, penggunaan internet dalam dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin berluasa tidak mengira usia. Penggunaan internet juga telah banyak kebaikan kepada masyarakat Malaysia. Namun begitu, sudah pastinya kesan buruk penggunaan internet juga ada.

Kebaikan yang jelas kelihatan dalam penggunaan internet tersebut ialah pencarian maklumat untuk pembelajaran telah menjadi lebih cepat dan mudah kerana internet merupakan medan yang amat luas dan mempunyai pelbagai maklumat-maklumat yang penting untuk pelajar generasi sekarang.

Selain itu, penggunaan ini juga membolehkan kita berkenalan dengan ramai kawan-kawan baharu di dalam tanah air mahupun luar negara.

Namun begitu, kesan buruk yang drastik dalam dilihatkan dalam remaja kerana menggunakan internet ini untuk perkara perkara yang tidak berfaedah yang merosakkan minda dan akhlak belia.

Tambahan pula, remaja berkemungkinan besar menggunakan internet begitu kerap sehingga lupa akan dunia realiti.

Natijahnya, janganlah kita ibarat 'katak di bawah tempurung' tetapi bergunakan lah internet tersebut dengan bijak supaya tidak terjebak dengan jenayah jenayah ineternet.
=.=''

tyrah & fafar berkata...

Dewasa kini penggunaan internet sudah menjadi satu daripada keperluan harian bagi masyarakat Malaysia.Memang tidak dinafikan lagi bahawa internet sememangnya mempunyai banyak kepentingan.

Kebaikan menggunakan internet ialah kita dapat mencari maklumat dengan lebih pantas.Dengan itu internet dapat menjimatkan masa.

internet juga memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan.Ini kerana,internet boleh dijadikan alat bantu mengajar oleh para guru.

Namun internet ada keburukan nya.Internet membolehkan pengguna yang dibawah 18 tahun melayari laman web luncah.

Kesimpulannya,internet membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat Malaysia.

aena + big zie berkata...

Dewasa kini,penggunaan internet di kalangan rakyat Malaysia semakin meluas. Internet banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia , tidak kira usia.

isi 1: Internet dapat membantu kita mencari maklumat untuk kerja sekolah atau lain-lain.

isi 2: Dapat menghubungkan kita dengan rakan-rakan yang jauh.

isi 3: Dapat membantu menghantar sesuatu dokumen kepada orang lain dengan lebih cepat tanpa menggunakan pos laju atau lain-lain.

isi 4 : Internet juga membekalkan berita-berita tentang isu-isu seluruh dunia dengan sepantas kilat .

Kesimpulannya , kita haruslah menghargai dan menggunakan segala kelebihan internet dengan betul dan tidak menyalahgunakan ia .

Robin26 / Nazmi berkata...

Pada pendapat saya, penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia kini semakin berleluasa. Internet merupakan sebuah kemudahan yang amat digemari oleh rakyat Malaysia.

Isi 1: Antara kebaikan penggunaan internet adalah kita dapat menjimatkan masa untuk mencari maklumat.

Isi 2: Selain itu, kita juga dapat mengetahui perkembangan dunia luar.
Kita dapat melihat sesuatu yang baru daripada negara lain.

Isi 3: Disamping itu, kita juga dapat berkomunikasi dan bersosial melalui internet tanpa perlu membazir wang ringgit dan masa.

Isi 4: Internet ini juga mempunyai kesan negatif kepada anak kecil. Oleh itu, penggunaan internet ini perlu dipantau oleh orang dewasa.

doumyoji n hanazawa rui berkata...

Teknologi di negara ini semakin berkembang termasuklah penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia.

Terdapat beberapa pendapat saya tentang penggunaan internet dalam masyarakat Malaysia.

Pendapat saya yang pertama ialah internet boleh disalahgunakan.Ini kerana pengguna komputer boleh terdedah kepada elemen negatif.

Seterusnya ialah terdapat juga kesan baik dalam menggunakan internet.Contohnya ialah boleh mencari maklumat yang penting.

Selain itu internet turut digunakan untuk urusan perniagaan.Internet boleh memberikan peluang untuk berkongsi maklumat dengan rakan seperniagaan.

Kesimpulannya,pengguna komputer haruslah tahu baik dan buruknya penggunaan komputer.

andvian,gibson berkata...

pendahuluan-menyatakan bila, di mana kem tersebut berlangsung-penganjur

isi 1-sebelum bertolak-ceramah keselamatan-menaiki bas sewa khas-disiplin

isi 2-sampai beberapa minit kemudian-memunggah barang-berehat sebentar sebelum mendirikan khemah-bekerjasama

isi 3-penceramah jemputan-mengajar cara belajar-petua yang diberikan amat menarik-memberikan semangat untuk belajar

isi 4-latihan dalam kumpulan-membina keyakinan diri-mengajar cara untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan sekumpulan

isi 5-peraturan sepanjang kem-mengajar untuk mengawal nafsu untuk membuat perkara yang tidak berfaedah-mencuri-merokok

penutup-harapan-dijadikan aktiviti tahunan-dapat membantu dalam membentuk seorang insan

a n g i E berkata...

Rakyat Malaysia pada masa kini semakin maju. Kemudahan internet semakin banyak digunakan. Terdapat banyak faedah menggunakan internet namun begitu, tidak kurang juga keburukannya.

Penggunaan internet memudahkan seseorang itu berkomunikasi dengan rakan atau ahli keluarganya secara jarak jauh.

Selain itu, penggunaan internet juga mambantu seseorang itu untuk mendapatkan maklumat dengan mudah dan dapat mempercepatkan urusan-urusan seperti pembayaran bil.

Para pelajar juga tidak ketinggalan menikmati kemudahan internet dengan belajar secara jarak.

Bagi rakyat Malaysia yang gemar membaca surat khabar kini tidak perlu lagi membazir wang dengan membeli surat khabar. Kini, mereka boleh mengetahui isu-isu semasa secara 'online'.

Kesimpulannya, rakyat Malaysia harus mahir menggunakan internet ataupun kemudahan ICT supaya kita tidak dianggap 'seperti katak dibawah tempurung'.

Jeffsam berkata...

Pada pendapat saya,penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia menyumbang banyak kebaikan terhadap penggunanya.

Antara kebaikan penggunaan internet ini, maklumat yang dikehendaki amat mudah diperolehi. Selain itu, komunikasi antara negara di dunia semakin mudah dengan wujudnya e-mel dan 'chat'.

Tambahan lagi, urusan perniagaan dan perbankan semakin mudah dengan pengenalan 'e-banking'.Dengan wujudnya sistem seperti ini, para pelanggan tidak perlu lagi bersusah-payah untuk membuat pembayaran di kaunter-kaunter.

Di samping itu, penggunaan internet di sekolah juga banyak membantu para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Para pelajar dapat melaksanakan tugasan yang diberi dengan mudah dan menyiapkannya dalam masa yang singkat.

Akhir sekali, penggunaan internet banyak membantu dalam pelbagai perkara. Oleh itu, kita haruslah menggunakannya sebaik-baiknya.

nikhun , kino berkata...

Pada pendapat saya,banyak kelebihan yang dapat diperolehi sekiranya rakyat Malaysia pada masa kini menggunakan internet dengan baik.Melalui internet kita dapat mencari maklumat dengan lebih mudah dan tepat.

Selain itu,internet juga memudahkan seseorang untuk berurusan dengan pihak bank dengan hanya melayari laman sesawang bank tersebut.Internet juga dapat membantu para pelajar mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan oleh guru.
Tambahan pula,pelajar juga boleh belajar secara jarak jauh hanya menggunakan internet sahaja.

Internet juga mempunyai kesan sampingan seperti melalaikan dan membuang masa seseorang.Ini kerana seseorang akan menangguhkan sesuatu pekerjaan kerana penggunaan internet.

Di samping itu,penyebaran video-video lucah serta fitnah daripada blog peribadi juga semakin berleluasa.Hal ini menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan negara barat.

Oleh itu,setiap anggota masyarakat harus bertanggungjawab bagi membendung masalah penggunaan internet.Kita juga harus pandai menggunakannya ke arah kebaikkan.

Chris ian & Doraemon a.k.a PauLzzz berkata...

Pada masa kini, internet telah banyak membantu kehidupan manusia.Di malaysia, internet telah digunakan secara berluasa.

Pada pendapat saya, internet mempermudahkan manusia untuk melakukan aktiviti mereka. Internet digunakan untuk mencari maklumat, fakta-fakta, informasi terkini.

Selain itu, penggunaan internet juga membantu kita untuk menguruskan bayaran-bayaran seperti bil elektrik, air dan gas secara cepat dan ringkas. Dalam hal ni, kita tidak usah pergi ke bank kerana internet telah menguruskan hal-hal pembayaran.

Penggunaan internet juga membasntu kita untuk berhubung dengan orang yang beradda di tempat yang jauh. pekara ini dapat menjimatkan kos pembelanjaan bagi penghantaran mesej-mesej penting yang kita hantarkan kepada orang yang kita berhubung.

Kesimpulannya, internet banyak membantu kita dalm segala hal seperti hiburan, bisnes dan memberi kita kemudahan kita untuk berhubung.

Chris Ian, Doraemon a.k.a. PauLzzz berkata...

Pada masa kini, internet telah banyak membantu kehidupan manusia.Di malaysia, internet telah digunakan secara berluasa.

Pada pendapat saya, internet mempermudahkan manusia untuk melakukan aktiviti mereka. Internet digunakan untuk mencari maklumat, fakta-fakta, informasi terkini.

Selain itu, penggunaan internet juga membantu kita untuk menguruskan bayaran-bayaran seperti bil elektrik, air dan gas secara cepat dan ringkas. Dalam hal ni, kita tidak usah pergi ke bank kerana internet telah menguruskan hal-hal pembayaran.

Penggunaan internet juga membasntu kita untuk berhubung dengan orang yang beradda di tempat yang jauh. pekara ini dapat menjimatkan kos pembelanjaan bagi penghantaran mesej-mesej penting yang kita hantarkan kepada orang yang kita berhubung.

Kesimpulannya, internet banyak membantu kita dalm segala hal seperti hiburan, bisnes dan memberi kita kemudahan kita untuk berhubung.

Dorinna_3y berkata...

Pada masa kini, internet digunakan secara berleluasa dalam kalangan masyarakat. Internet ialah salah satu kemudahan yang membolehkan kita untuk berhubung dengan orang di dalam dan luar negara. Penggunaan internet ini juga memudahkan kita untuk mengetahui perkembangan semasa dengan cepat.

Perkembangan teknologi telah memberi kesan yang ketara kepada masyarakat kita apabila semua urusan boleh dibuat dengan hanya menggunakan internet. Ini telah memudahkan kehidupan seharian kita kerana kita dapat melakukan semua urusan seperti membayar bil-bil dan sewa rumah dengan hanya melayari internet.

Bagi para pelajar pula, mereka menggunakan internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pembelajaran di sekolah. Pihak sekolah juga telah menyediakan kemudahan ini di sekolah untuk para pelajar melakukan kerja-kerja sekolah.

Selain itu, kita dapat berkawan dengan dengan ramai orang termasuk orang luar negara sekalipun. Internet juga membantu kta bergaul walaupun kita berada di rumah. Di samping itu, kita dapat berkongsi cerita dan pendapat dengan rakan-rakan.

Oleh itu, penggunaaan internet amat berguna dalam masyarakat kita.

dorothy (3Y) berkata...

Internet pada masa kini sangat mempengaruhi hidup masyarakat Malaysia.Internet banyak mambantu masyarakat dari pelbagai sudut tanpa mengira bangsa dan umur.

Bagi pelajar-pelajar sekolah,internet biasanya digunakan untuk mencari maklumat yang mereka perlukan untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah.Terdapat pelbagai bahan belajar yang terdapat di laman-laman web tertentu di internet.Hal ini banyak membantu pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Para pekerja pula biasanya lebih menyenangi penggunaan internet dalam menyiapkan dan menghantar kerja-kerja pejabat mereka.Selain dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka,internet juga membantu mereka mencari maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja-kerja mereka walau di mana pun mereka berada tidak kira di rumah atau di pejabat.

Guru-guru sekolah juga dapat memudahkan proses pengajaran mereka.Guru tersebut hanya perlu menyediakan kerja untuk pelajar-pelajarnya di dalam laman web yang telah ditetapkan.Oleh itu,peljar tidak mempunyai alasan untuk tidak menyiapka kerja rumah yang telah disuruh oleh guru.

Selain daripada kebaikan,internet juga mempunyai kelemahan dan keburukannya yang tersendiri.Remaja zaman sekarang mendapati internet adalah salah satu bahan yang digunakan untuk berhibur.Namun demikian,bahan yang disediakan di internet tidak sesuai untuk umur mereka contohnya video-video dan gambar-gambar lucah dipamerkan tanpa bertapis.Hal ini dapat mempengaruhi cara pemikiran mereka.

Sebagai rumusannya,internet banyak membantu dan juga memudaratkan kita sebagai pengguna.Untuk mengelakkan sebarang kemudaratan,bak kata pepatah "fikir dahulu sebelum bertindak".

faiz,iwin & greg(main jk tauk) berkata...

Penggunaan teknologi maklumat semakin berleluasa dewasa kini.Teknologi maklumat ini mempunyai peranan yang penting dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Internet dapat memudahkan urusan kita seharian dengan membantu kita mencari maklumat dengan lebih pantas dan mudah seperti maklumat tentang kerja kursus dan lain-lain.

Di samping itu,internet juga dapat memberikan kita tentang perkembangan semasa negara kita dan negara-negara luar.Contohnya,isu tentang sukan,hiburan,politik dan lain-lain.

Selain itu,internet dapat membantu kita untuk mencari kawan-kawan baru sama ada di dalam atau di luar negara.Kita juga dapat berkongsi maklumat dengan mereka.

Justeru,adalah digalakkan untuk setiap rakyat Malaysia untuk menggunakan kemudahan ini supaya kita tidaklah seperti 'katak di bawah tempurung'.

Nurhazimah berkata...

Pendapat tentang penggunaan internet dalam dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Pada era moden kini, pelbagai kemudahan yang boleh didapati khususnya di negara kita. Malaysia semakin maju dari masa ke semasa. BUktinya, pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada seperti yang terdapat di negara kita.

Internet ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. seperti yang kita sedia maklum, penggunaan internet amat terkenal kepada mayarakat kini khususnya golongan remaja. tidak asing juga kepada golongan kanak kanak yang telah mahir dan kerap menggunakan kemudahan ini.

Pada pendapat saya, banyak faedah yang boleh didapati daripada penggunaan internet. Internet mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Masyarakat yang kerap melayari internet untuk tujuan ilmu akan berbaloi dengan berasa sangat berbaloi kerana dengan hanya berpandukan enjin gelintar seperti 'Yahoo', pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat justeru dapat menjimatkan masa.

Selain itu,masyarakat turut dapat berkomunikasi dengan rakan rakan mereka yang berada di luar atau dalam negara melalui My Space, Facebook ataupun Blogger. Walaubagaimanapun, terdapat juga keburukan penggunaan internet ini.
Sesetengah masyarakat telah menyalahagunakan internet. Sikap seperti ini tidak harus ada pada diri masyarakat. Pelbagai kesan negatif apabila kita menyalahgunakannya. tambahan pula,
msyarakat kini mudah terpengaruh dengan paparan yang terdapat melalui laman web. Mereka tidak menilai sama ada sesuatu itu benar atau palsu.

Akhir sekali, manfaatkanlah kemudahan ini. Kita seharusnya bersyukur atas kurniaan ini.

Hebrew 3 CEKAL berkata...

Internet banyak berguna kepada kita.Hal ini kerana kita dapat mencari maklumat dengan lebih teliti.Penggunaan internet juga digunakan tanpa mengira usia.
Dengan internet kita dapat mencari maklumat dengan teliti dan juga pelbagai idea.Contohnya,kita dapat mencari maklumat tentang pelajaran,kerja kursus dan lain-lain hal.
Selain itu,dengan adanya internet,kita dapat bermain permainan secara "online" dan memudahkan berkomunikasi dengan cepat.Kita juga boleh mencari teman dari serata dunia.Contohnya,"facebook" dan juga "friendster".
Internet juga boleh membantu kita menguruskan kerja kita seperti,menguruskan urusan bank kita dengan secara "online".
Oleh itu,internet kini amat berguna kepada kita tanpa mengira usia.Bak kata pepatah,"seperti katak di bawah tempurung"suapya kita tidak ketinggalan dalam penggunaan internet pada masa kini.

Fazz Amr berkata...

Penggunaan internet dalam bukanlah sesuatu yang baru, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju. Penggunaan internet sudah menjadi satu daripada keperluan harian bagi masyarakat Malaysia.

Pada pendapat saya, penggunaan internet ini amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibubapa. Industri berasaskan maklumat yang akan mencorakkan kehidupan pada masa hadapan, perlu diberi perhatian sewajarnya oleh setiap ahli masyarakat.

Selain itu, penggunaan internet juga memudahkan pembayaran bil secara "online" melalui laman web yang tertentu.

Internet juga amat penting dalam bidang komunikasi. Internet boleh digunakan untuk berhubung dengan orang yang berada di dalam mahupun luar negara.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya menyedari akan kemudahan yang ada di sekeliling kita. Kita harus menggunakannya sebaik mungkin.


(115 p.p)


By Fazz & Stef - 3C

Tanpa Nama berkata...

Internet amat penting untuk kita.Internet amat berguna kepada masyarakat kita pada zaman sekarang.Dengan adanya internet kita dapat mencari maklumat dengan senang.
Kita dapat mencari maklumat dengan lebih luas dan cepat.Contohnya,kita dapat mencari maklumat untuk kerja khusus kita.Dengan ini kita dapat menjimatkan masa.
Selain itu,kita dapat memudahkan urusan bank dan sebagainya.Contohnya,kita dapat membayar bil online.
Di samping itu,internet dapat digunakan untuk pendidikan.Kita dapat mencari soalan yang terdapat dalam internet.
Akhir sekali,internet memberi banyak kebaikan kepada kita.

By,Hafeez
<3reuben<3
Arikki

Tanpa Nama berkata...

Internet merupakan salah satu alat perhubungan yang amat penting bagi kita.Ia dapat memudahkan kita dalam mencari maklumat dan ianya dapat memudahkan urusan kerja kita.

Terdapat banyak kesan baik internet kepada kita antaranya internet membolehkan kita untuk mencari maklumat dengan mudah seperti jika kita ingin mengetahui tentang sesuatu negara, kita boleh mengetahuinya dengan hanya menekan butang di komputer anda.

Kebaikan yang kedua ialah kita dapat menjimatkan masa kita seperti kita dapat terus membuat perbankan di internet daripada kita harus ke pasar.

Kebaikan yang terakhir ialah ia dapat mengisi lapang kita dengan melayari beberapa laman web yang berfaedah.

Internet merupakan alat perhubungan yang penting kerana ia dapt memberi kita pelbagai faedah.

by,,,gowdie

misteri berkata...

Di Malysia,internet merupakan salah satu teknologi pada zaman siber ini. Internet sering digunakan untuk mencari maklumat bagi pelbagai contoh kegunaan misalnya internet digunakan oleh para pelajar untuk mencari maklumat tambahan dalam kajian yang dilakukan di sekolah.

Kini,internet telah digunakan secara meluas oleh pelbagai lapisan masyarakat tidak kira kanak-kanak mahupun orang dewasa. Namun begitu,pelbagai kesan buruk berlaku akibat penggunaan internet tanpa batasan ini. antaranya adalah penyebaran gambar dan video lucah. Kesannya, terdapat pelbagai jenayah berlaku seperti rogol,ugutan dan pembunuhan.

Selain itu, internet juga menyebabkan golongan remaja terutamanya para pelajar menjadi lalai dan terleka dengan hiburan yang terdapat di internet seperti permainan internet dan pelbagai laman web yang tidak berfaedah.

Tanpa kawalan yang ketat, pelbagai jenayah terjadi di alam internet. Contohnya penghinaan terhadap negara dan pemimpin megara khususnya negara Malaysia. Ini menyebabkan rakyat dan negara akan menanggung malu kerana dicemuh oleh negara lain.

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia hendaklah bersatu padu mengawal penggunaan internet agar tidak terjadi perkara yang tidak diingini berlaku. Bak kata pepatah ; sediakan payung sebelum hujan.

Tanpa Nama berkata...

alicephia dan shanneylin
(kerabat diRAJA)




Bagi setiap pengguna internet sangat penting.Ia boleh membantu dalam pelbagai jenis penggunaan.


Antaranya ialah,dapat membantu dalam mencari maklumat yang diperlukan.Ia boleh memudahkan kita untuk mencari maklumat yang penting.Contohnya,dari segi pengajaran dan pembelajaran.



Selain itu,ia dapat memudahkan para pengguna mencari pekerjaan dalam internet.Ini boleh mempercepatkan lagi masyarakat kita mencari pekerjaan dengan senang dan mudah.


Dalam pada itu,internet membolehkan kita berhubung dengan negara lain.Contohnya,melalui email,facebook,friendster dan lain-lain.



Kesimpulannya,ini dapat membuktikan bahawa internet begitu penting bagi masyarakat malaysia.

ct amirah berkata...

rakyat malaysia semakin peka terhadap kemajuan teknologi.Penggunaan internet amat berguna kerana dapat membantu manusia dalam mencari maklumat dan dapat memudahkan membuat kerja.
salah satu dari kebaikan menggunakan internet adalah ianya memudah kan para pelajar mencari maklumat tentang kerja rumah yang di beri.
selain itu,kita boleh mendapatkan kawan baru dari luar negara dan boleh bertukar pendapat
dengannya.
disamping itu terdapat keburukan dalam penggunaan internet.contohnya,para remaja zaman sekarang ,mereka akan membuka laman web yang tidak sepatutnya seperti laman web lucah.
kesimpulan,penggunaan internet amat penting.kita sepatutnya menggunakannya dengan sebaiknya.

nisa debbie cekal sentiasa :D berkata...

Internet sangat berguna untuk kita demi masa depan bangsa dan negara.Kita bolehlah mencari banyak maklumat yang penting tanpa perlu membaca buku dan kajian saintifik.

Dengan penggunaan internet,kita dapat mengetahui isu semasa yang penting dan beguna untuk kita membuat kerja sekolah dengan mudah dan cepat.

Selain itu, guru-guru akan lebih mudah untuk proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas contohnya seperti kita membuat kerja di dalam blog.

Di samping itu, internet dapat menjimatkan banyak masa setiap golongan masyarakat,terutamanya pelajar, guru, serta para peniaga.Mereka hanya perlu barada di hadapan komputer untuk membayar bil, dan menghantar kerja sekolah.

Ternyata,penggunaan internet mambawa banyak kegunaan kepada kita yang memerlukan kemudahan internet.Oleh itu, kita perlulah menggunakan kemudahan internet ini dengan sebaik-baiknya.

Deb <3 rentong, and Nisa <3 bm :D
RENTONG 4eva,deb

Tanpa Nama berkata...

Slogan 'Satu Malaysia' dapat kita kaitkan berhubung dengan penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia.Internet amat penting pada zaman globalisasi ini.Peibagai faedah dapat kita perolehi melalui penggunaannya.

Melalui internet,rakyat dapat memperoleh maklumat yang berguna di samping memudahkan urusan kerja.

Internet juga menyeronokkan jika kita melayari laman web yang dapat dikongsi bersama rakan-rakan.Pasti hubungan silaturahim akan terjalin dengan erat.

Selain itu,internet juga memudahkan urusan bayaran seperti pembayaran bil elektrik,kenderaan dan sebagainya.Pendek kata,internet merupakan kemudahan yang cepat,mudah dan bersih di samping selamat jika digunakan.

Tambahan pula,penggunaan internet dapat mengelakkan kita daripada digelar 'seperti katak di bawah tempurung'.Anak-anak juga dapat belajar dengan mudah serta sebagai persediaan pada generasi akan datang.

Sesungguhnya,penggunaan iternet amat berguna serta memberi kemudahan di dalam kehidupan kita seharian.

sarah berkata...

Penggunaann internet di kalangan masyarakat Malaysia kini semakin meluas kerana penggunaannya yang memudahkan kepada penggunanya.

penggunaan yang pertama ialah mencari maklumat.kemudahan ini amat menyenangkan kerana kita tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan.

selain itu, penjelasan bil-bil seperti bil air,elektrik,gas dan kad-kad kredit lebih mudah apabila
syarikat-syarikat tersebut menyediakan perkhidmatan 'online'.

sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan ini juga dapat menggunakan internet sebagai sumber pembelajaran. para guru dapat mengarahkan para murid-murid walaupun mereka tiada.

akhir sekali, penggunaan internet banyak kemudahannya asal kita tidak menyalahgunakannya.

Tanpa Nama berkata...

Internet sangat berguna untuk kita demi masa depan bangsa dan negara.Kita bolehlah mencari banyak maklumat yang penting tanpa perlu membaca buku dan kajian saintifik.

Selain itu,kita juga boleh mendapat kawan baru dari dalam mahupun luar negara.Kita juga dapat bersembang sambil bertukar pendapat untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Internet juga sesuatu yang menyeronokkan. Dengan internet, kita boleh melayari laman web yang pelbagai untuk mendapatkan hiburan seperti melihat video dan lain-lain lagi.


Walaupun begitu, masyarakat Malaysia termasuk para pelajar akan ketagih melayari internet jika tidak diawasi. Mereka akan terjerumus ke laman web yang mengandungi unsur-unsur negatif jika tidak diawasi. Dalam hal ini, ibu-bapa seharusnya bertanggungjawab mengawasi anak mereka ketika melayari internet.Selain itu,kita mudah lalai apabila menggunakan internet.

Maka kita sepatutnya bijak menggunakan segala kelengkapan ict dan internet dengan bijak ke arah kebaikan dan bukan ke arah negatif.

amir izzie berkata...

pada pandangan saya,penggunaan internet yang meluas banyak membantu kita mencari maklumat yang berlainan jenis dan digunakan oleh setiap warga Malaysia tidak kira tua atau muda.

Adeline & Davphenie berkata...

Internet amat berguna kepada kita.Terdapat banyak penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia.Antaranya ialah kita dapat mencari maklumat melalui internet,memanfaatkan masa yang terluang dan memudahkan urusan.

Seterusnya,kita juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan seperti
mencari sesuatu maklumat tentang negara lain.Kita juga dapat menambahkan kenalan baru dari negara lain.

Selain itu,dengan internet juga kita dapat memanfaatkan masa yang terluang untuk mencari maklumat ubtuk kerja kursus dan menjimatkan masa.

Oleh itu,dengan internet juga kita dapat memudahkan urusan untuk mencari maklumat seperti kita amat memerlukan maklumat tersebut tetapi kita tidak dapat mencari tersebut di perpustakaan.Jadi,kita boleh mencari maklumat di internet.

Kesimpulannya,penggunaan internet dalam kalangan masyarakat Malaysia amat berguna kepada semua orang.

(113 patah perkataan)

Azlan Bujang berkata...

Penggunaan internet sangat berleluasa di Malaysia.Hal ini disebabkan oleh kemajuan teknologi dan sains di negara kita.

Internet sangat berguna kepada kita.Antara kebaikan internet ialah,dapat membantu kita dalam mencari maklumat.Hal ini akan memudahkan kita menyiapkan sesuatu tugas yang telah diberikan oleh guru kepada kita.

Selain itu,internet juga dapat menambah kenalan kita dengan orang lain.Kita akan dapat mengenali perihal diri mereka dan agama mereka.

Di samping itu,penggunaan internet juga dapat membantu kita dengan memberi maklumat dan isu semasa yang sedang berlaku di seluruh negara tanpa sempadan.

Kesimpulannya,penggunaan internet sangat berguna dalam kehidupan seharian kita di samping kita menuntut ilmu pengetahuan.

(106 patah perkataan)